Mat Sabu yang cenderung terhadap Syiah pasti akan membuat keputusan menyebelahi Iran

Abu Leman

Seperti yang telah dijangkakan Menteri Pertahanan yang baharu, Mat Sabu akan memanggil semula pasukan pertahanan ATM di Arab Saudi.




Bukanlah menjadi satu rahsia lagi Mat Sabu yang secara terang dan lantang menyatakan kecenderungannya terhadap Syiah pasti akan membuat keputusan yang akan menyebelahi Iran berbanding Arab Saudi.

Penempatan ATM di Arab Saudi di saat negara itu melancarkan serangan ke atas Syiah Houtsi di Yaman menimbulkan ketidaksenangan pihak-pihak tertentu terutama sekali Iran di mana seperti yang diketahui umum merekalah yang membiayai operasi ketenteraan dan persenjataan puak-puak pelampau Houtsi untuk menakluk Yaman.

Bagaimanapun seperti yang telah ditegaskan, penempatan pasukan pertahanan ATM di Arab Saudi hanyalah berkaitan latihan pemindahan (evacuation) dan bantuan bencana sahaja. ATM tidak terlibat dalam operasi menyerang di negara tersebut.

Pun begitu nampaknya ia tidak menyenangkan hati Menteri Pertahanan Malaysia kerana seolah-olah pasukan ATM kita terlibat dalam komplot menyerang puak-puak pelampau Syiah Houtsi.

Apabila ditanya adakah Mat Sabu seorang Syiah? Beliau tidak mengiyakan namun tidak juga menafikan.

Beliau bijak mengelak dengan jawapan seloroh dan lawak jenaka yang akhirnya persoalan utama samada beliau seorang Syiah atau bukan masih tidak dijawab.

Jawapan “no comment” Mat Sabu masih kekal menjadi misteri kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Loading...

Sumber: Abu Leman

Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...