Mazlan (AMANAH) dipecat sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang

LPP adalah sebuah Badan Berkanun di bawah MOA dan ditubuhkan pada 14hb  Februari 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang. Sumber (gambar): Astro Awani

مذلن ﴿أمانه﴾ دڤچت سباڬاي ڤڠروسي لمباڬ ڤرتوبوهن ڤلادڠ

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) dilaporkan telah menamatkan khidmat Datuk Mazlan Aliman selaku Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkuat kuasa semalam (1 April).

Menurut laporan, Menteri MOA, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata keputusan itu diambil selaras dengan penyusunan barisan Anggota Pentadbiran Kerajaan yang dibuat pada 9hb Mac 2020.

Pada 23hb Januari 2019, menerusi satu majlis di ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu, Dato’ Salahuddin Ayub, mengumumkan penstrukturan semula pertubuhan berkenaan menerusi lantikan pengerusi dan ahli Jemaah pengarah yang baharu.

Mazlan, yang juga Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, dilantik memegang jawatan Pengerusi Lembaga LPP bermula Oktober 2018 ketika di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).


PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) dilaporkan telah menamatkan khidmat Datuk Mazlan Aliman selaku Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkuat kuasa semalam (1 April).

Menurut laporan, Menteri MOA, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata keputusan itu diambil selaras dengan penyusunan barisan Anggota Pentadbiran Kerajaan yang dibuat pada 9hb Mac 2020.




Menurutnya, kementerian telah menyemak semula keanggotaan semua Lembaga Pengarah Badan Bukan Berkanun Persekutuan di bawah MOA

“Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa perkhidmatan Datuk Mazlan Aliman selaku Pengerusi LPP adalah ditamatkan berkuat kuasa 1 April 2020.

“Kementerian dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat dan sumbangan Yang Berbahagia Datuk sepanjang menjalankan tugas selaku Pengerusi LPP,” katanya.

LPP adalah sebuah Badan Berkanun di bawah MOA dan ditubuhkan pada 14hb  Februari 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang

Pertubuhan Peladang (PP) di peringkat kawasan pula dipanggil Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), di peringkat negeri dipanggil Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan di peringkat nasional dipanggil Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Pada 23hb Januari 2019, menerusi satu majlis di ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu, Dato’ Salahuddin Ayub, mengumumkan penstrukturan semula pertubuhan berkenaan menerusi lantikan pengerusi dan ahli Jemaah pengarah yang baharu.

Dalam majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Dato’ Phahrolrazi Mohd Zawawi diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu.

Loading...

Salahuddin turut mengumumkan pelantikan lima orang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan lima lagi AJP yang merupakan calon simpanan daripada pemilihan AJP NAFAS pada tahun 2016 bagi penggal 2016-2019.

Barisan AJP NAFAS yang baharu ialah Wan Kharizal Wan Khazim, Mohd. Hisyamuddin Ghazali, Normah Yusof, YB Senator Dr. Yaakob Sapari dan YB Muhamad Said Jonit yang merupakan AJP lantikan Menteri, manakala lima lagi AJP NAFAS ialah YB Datuk Haji Abdul Aziz Derashid, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Bhari Abd Rahman, Y.M Dato’ Tengku Aziz Tengku Jaafar, Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib.

Majorti yang dilantik terdiri dari pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).

Mazlan, yang juga Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, dilantik memegang jawatan Pengerusi Lembaga LPP bermula Oktober 2018 ketika di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...