MB Perak: Saya tak ada masalah, cuma ada pemimpin DAP cuba jatuhkan saya

Ahmad Faizal berkata, kenyataannya di dalam video yang tular hari ini dipetik di luar konteks. Sumber (gambar): Sinar Harian Online

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau bermasalah dengan DAP di Perak.

“Saya mengatakan bahawa banyak perkara yang dilalui di Perak dan terdapat cubaan daripada pemimpin DAP yang mahu menjatuhkan saya. Tapi apa yang penting adalah kami bekerja rapat bersama-sama,” katanya.

“Macam saya di Perak, saya seorang-seorang terkontang-kanting nak berlawan dengan DAP ini. Saya nak pertahankan tanah orang Melayu, saya nak perjuangkan agama kita, saya buat itu pelan-pelan (perlahan-lahan) tapi Alhamdulillah kawan-kawan UMNO kat sana tak adalah marah-marah saya macam ini.

“Tapi itulah sembang dengan kawan-kawan UMNO, nasib baik kau Peja, orang kampung panggil saya Peja, kalau kena kat orang lain.. Tak payah sebut namalah. Dia janji nak jadi yang amat berhormat (Menteri Besar Perak),” katanya dalam rakaman video berdurasi 6.26 minit yang tular pagi ini.


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau bermasalah dengan DAP di Perak.

Beliau yang bercakap kepada portal berita Free Malaysia Today berkata, kenyataannya di dalam video yang tular hari ini dipetik di luar konteks.




Bagaimanapun, Ahmad Faizal kesal kerana beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab hanya memetik sebahagian kecil daripada perbualan itu sekali gus memberi gambaran yang tidak tepat.

Katanya, video itu hanya memetik sebahagian kata-katanya dan bukan keseluruhan perbualan.

“Saya mengatakan bahawa banyak perkara yang dilalui di Perak dan terdapat cubaan daripada pemimpin DAP yang mahu menjatuhkan saya. Tapi apa yang penting adalah kami bekerja rapat bersama-sama,” katanya.

Terdahulu melalui video berkenaan Ahmad Faizal mendedahkan beliau terpaksa berlawan dengan DAP di Perak.

Menurutnya, usaha yang dilakukan untuk mempertahankan tanah masyarakat Melayu dan agama Islam dilakukan berseorangan dengan bantuan rakan-rakan dalam UMNO.

“Macam saya di Perak, saya seorang-seorang terkontang-kanting nak berlawan dengan DAP ini. Saya nak pertahankan tanah orang Melayu, saya nak perjuangkan agama kita, saya buat itu pelan-pelan (perlahan-lahan) tapi Alhamdulillah kawan-kawan UMNO kat sana tak adalah marah-marah saya macam ini.

“Tapi itulah sembang dengan kawan-kawan UMNO, nasib baik kau Peja, orang kampung panggil saya Peja, kalau kena kat orang lain.. Tak payah sebut namalah. Dia janji nak jadi yang amat berhormat (Menteri Besar Perak),” katanya dalam rakaman video berdurasi 6.26 minit yang tular pagi ini.

Dalam rakaman itu juga, Ahmad Faizal turut mengakui membantu rakan-rakan dalam UMNO.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...