MCA yang rasis, lebih baik isytiharkan Robert Kuok sebagai Tuhan Wang

“Saya dengan ini menarik balik sokongan saya kepada MCA dan berjanji untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sentimen mereka yang anti-Melayu dan pro-DAP. Saya akan terus berbuat demikian sehingga semua pemimpin MCA yang mempertahankan Kuok sebelum ini membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menghasut kebencian di kalangan masyarakat Cina. Saya juga menggesa Perdana Menteri mempertimbangkan untuk mengurangkan bilangan kerusi yang ditawarkan kepada calon MCA, terhad kepada kawasan di mana pengundinya majoriti Cina sahaja”

THE THIRD FORCE

Beliau memanggil Robert Kuok sebagai ikon perniagaan. Beliau menyatakan bahawa jutawan tersebut dihormati oleh semua lapisan masyarakat dan etnik di Malaysia. Dato’ Seri Ti Lian Ker membuat kenyataan ini beberapa jam selepas Lim Kit Siang menyelar MCA kerana tidak membela Kuok yang menurut Lim, telah diserang secara meluas oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Ya, UMNO.

Ia menunjukkan dengan jelas siapa ketua kepada siapa, Ti membuktikan sekali kepada semua bahawa apabila Kit Siang mengarahkan sesuatu, MCA perlu akur. Isnin lalu, Kit Siang menyatakan bahawa pemimpin UMNO perlu ditegah dan dikecam di atas serangan berterusan mereka terhadap Robert Kuok. Kemudian, ketika Dato’ Seri Nazri Aziz mengecam jutawan tersebut di atas campur tangan beliau di dalam politik Malaysia, Ti menyertai beberapa pemimpin MCA dengan memberi amaran kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tersebut kerana menghina “ikon perniagaan negara.”

“MCA berpendapat bahawa secara umumnya, Robert Kuok adalah seorang ahli perniagaan yang telah memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.”

“Beliau adalah ikon perniagaan kami dan dihormati oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Beliau tidak sepatutnya dilibatkan di dalam politik, apatah lagi untuk bertanding (pilihan raya umum ke-14),” kata Ti.

Boleh tak sesiapa memberitahu saya bila Kuok dinobatkan sebagai “ikon perniagaan negara”? Boleh Ti jelaskan di mana bukti yang mengatakan bahawa jutawan tersebut dihormati oleh rakyat Malaysia? Ti, adakah ini hanya satu imaginasi liar anda, atau adakah anda benar-benar mempunyai kad skor yang diperolehi berdasarkan hasil pengundian yang sah yang membuktikan bahawa lelaki yang dikenali sebagai Raja Gula ini pada masa dahulu, memang seorang “ikon perniagaan negara?” Sekiranya kad skor sedemikian memang wujud, bolehkah anda maklumkan kepada kami di The Third Force untuk dilihat oleh semua?

Bukan sahaja MCA mula melancarkan teori-teori liar tanpa bukti untuk memenuhi kehendak chauvinis mereka, malah mereka cuba membuat kaum Cina membenci UMNO dengan cara yang sama yang digunakan DAP sekian lama, melalui pentafsiran dan penterjemahan isu dalam konteks rasis. Pada Isnin lalu, Nazri memberi amaran kepada Kuok untuk tidak campur tangan dalam politik Malaysia. Beberapa jam kemudian, Dato’ Seri Ong Ka Chuan dari MCA mengeluarkan amaran balas, memberitahu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan bahawa “serangan” itu mengancam “keharmonian perhubungan kaum” kerana Kuok adalah “ahli perniagaan yang berjaya” yang telah menyumbang kepada negara.

Sejak bila Ka Chuan menjadi “setiausaha peribadi” Kuok? Setau saya, jutawan itu mampu untuk mempertahankan dirinya sendiri dengan menafikan bahawa dia pernah membiayai DAP. Jadi, kenapa Ka Chuan menyibuk dalam urusan yang tidak ada kena-mengena dengan dirinya dan MCA? Adakah beliau juga secara rahsia sebenarnya dibiayai oleh Kuok untuk bertindak sebagai “setiausaha peribadi”nya?

Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh pemimpin MCA di sini? Adakah mereka mengatakan bahawa “ahli perniagaan yang berjaya” seperti Kuok tidak boleh dituduh melakukan kesalahan? Bagaimana jika saya mempunyai sebab yang cukup untuk mempercayai bahawa Kuok adalah seorang pemerkosa kanak-kanak? Adakah saya akan dituduh “menghina perhubungan kaum” jika saya minta Kuok memjelaskan jika benar beliau memberi dadah kepada budak-budak lelaki dan merogol mereka? Jika demikian, kenapa Kit Siang tidak dituduh “menghina perhubungan kaum” oleh MCA apabila dia menuduh Dato’ Seri Najib Tun Razak seorang kleptolkrat?

Adakah Najib tidak layak untuk disayangi oleh MCA, atau Kuok adalah ikon yang lebih besar dan lebih penting kepada parti cauvinis ini daripada Perdana Menteri Malaysia sendiri? Apa yang paling menghairankan saya, bagaimanakah teguran Nazri dianggap sebagai ancaman kepada keharmonian kaum? Adakah Ka Chuan cuba mengatakan bahawa seorang pemimpin Melayu tiada hak untuk menegur seorang ahli perniagaan Cina semata-mata kerana ahli perniagaan itu dari kaum Cina?

Faham tak apa yang saya cuba sampaikan di sini?

MCA baru saja membuktikan bahawa mereka adalah parti yang rasis. Apabila Najib dituduh menyeleweng dan melesapkan dana 1MDB, MCA tidak berusaha untuk menegur beberapa pemimpinnya yang menuntut Perdana Menteri untuk mengambil cuti semasa penyiasatan dijalankan atau meletak jawatan sama sekali atas sebab-sebab yang tidak munasabah.

Ketika kepopularan Najib merundum satu ketika dahulu, Ketua Bahagian MCA Kluang, Gan Ping Sieu telah menggesa Perdana Menteri untuk bercuti bagi “membenarkan proses perlembagaan dijalankan.”

“Najib harus bercuti agar siasatan bebas dapat dijalankan ke atas 1MDB dan RM2.6 bilion yang ditemui di dalam akaun persendiriannya,” katanya.

“Pada hari yang sama, Ketua Biro Bahagian MCA Negri Sembilan, Tan Foong Luen memberitahu The Malaysian Insider bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu mempertimbangkan untuk melakukan perkara yang betul – membuang Najib tetapi mengekalkan BN berkuasa – untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Apa yang dilakukan oleh Dato ‘Seri Liow Tiong Lai tentang kenyataan ini

Tiada apa-apa. Tiada apa-apa langsung.

Namun, Ketua Pemuda MCA Dato ‘Chong Sin Woon berani menuntut Nazri memohon maaf di atas kenyataannya terhadap Kuok. Mengulang kenyataan Ti yang tidak masuk akal mengenai jutawan tersebut sebagai seorang “ahli perniagaan yang berjaya,” Sin Woon juga berkata bahawa kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu bertujuan untuk “memalukan dan menghina masyarakat Cina.”

Di sini saya sekali lagi ingin bertanya, bagaimana kenyataan seorang menteri menegur “ahli perniagaan Cina yang Berjaya” boleh “memalukan dan menghina masyarakat dan kaum Cina”? Seperti Ka Chuan yang mengiktiraf Kuok sebagai “ikon perniagaan”, adalah Chin Woon mengatakan bahawa Kuok “tidak boleh dituduh melakukan kesalahan” hanya kerana dia bernilai beberapa bilion ringgit? Jika demikian, adakah Kerajaan Malaysia “memalukan dan menghina masyarakat Melayu” apabila mempersoalkan bilion ringgit yang dipunyai oleh Mokhzani Mahathir? Pada pendapat saya, anak lelaki Mahathir Mohamad itu juga merupakan ikon perniagaan kepada sebahagian masyarakat Melayu.

Kan?

Jadi, apa yang istimewa sangat dengan Kuok ni?

Adakah Kuok mempunyai alat sulit yang lebih besar daripada seluruh masyarakat Cina, atau adakah ia disalut emas? Chin Woon, bagaimana pula dengan serangan dan tuduhan yang tidak berkesudahan yang dilakukan oleh Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri? Bukankah anda yang menyuarakan ketidaksenangan terhadap Perdana Menteri berdasarkan ramalan yang diterbitkan oleh Wall Street Journal (WSJ) semata-mata?

Saya dah muak dengan MCA.

“Saya dengan ini menarik balik sokongan saya kepada MCA dan berjanji untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sentimen mereka yang anti-Melayu dan pro-DAP. Saya akan terus berbuat demikian sehingga semua pemimpin MCA yang mempertahankan Kuok sebelum ini membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menghasut kebencian di kalangan masyarakat Cina. Saya juga menggesa Perdana Menteri mempertimbangkan untuk mengurangkan bilangan kerusi yang ditawarkan kepada calon MCA, terhad kepada kawasan di mana pengundinya majoriti Cina sahaja”

Serius, semua benda merepek ni perlu dihentikan.

Translation: Fazrina

Comments

Comments