Raggie Jessy Rithaudeen
ميديا لاڤور محي الدين هادڤ اڬوڠ ڤتڠ اين، كمودين تيبا-تيبا سڽڤ
Petang tadi, Sinar Online memetik The Star sambil berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menghadap Yang Di Pertuan Agong petang ini.
Disebabkan itu, TTF memetik laporan Sinar yang turut menyentuh kemungkinan Muhyiddin akan meminta Seri Paduka Baginda Tuanku untuk mengisytiharkan Darurat.
Walaubagaimanapun, tidak ada laporan susulan daripada mana-mana pihak yang mengesahkan perkara ini, sekaligus menimbulkan tanda soal jika pertemuan antara Muhyiddin dan Seri Paduka Baginda Tuanku berlaku.
Menurut Sinar, banyak sumber di Putrajaya mengatakan bahawa krisis Covid-19 dan keperluan untuk mengisytiharkan darurat telah dibincangkan dalam mesyuarat khas Kabinet jam 11 pagi pada hari Isnin (11 Januari 2020).
Sinar menulis (Klik di sini):
Begitupun tiada perincian mengenai apa yang diputuskan oleh Kabinet namun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan bakal menghadap Yang Di Pertuan Agong pada Isnin petang.
Perdana Menteri diharapkan dapat memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai apa yang diputuskan dalam mesyuarat Kabinet.
Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga dijangka turut diadakan pada sebelah petang dengan tanda-tanda menunjukkan langkah drastik yang bakal diambil dalam mengekang penyebaran wabak tersebut.
Saya masih belum dapat mengesahkan perkara ini sehingga kini dan tertanya-tanya benarkah Muhyiddin, yang sah kehilangan majoriti dan wajib berundur, benar-benar bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong.
Apa pun, saksikan siaran live (ulangan) saya 10 malam ini menerusi YouTube (link video di hujung bawah, atau klik di sini) bertajuk, “Desakan untuk Muhyiddin, BN dan PN berundur meningkat”
WAJIB BACA:
News of WARISAN joining Perikatan Nasional is fake, government may not last beyond this week
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
