Media Statement by Tengku Adnan: UMNO eligible to contest GE14

Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung UMNO

Isu berkenaan UMNO adalah sebuah parti yang haram dan tidak sah bertanding pada Pilihanraya Umum ke 14 yang akan datang telah menular sejak beberapa hari di media sosial.

Ini telah menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi yang pada hemat saya tidak sepatutnya berlaku kerana:

1. Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah diberi kuasa di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kuasa tambahan (residual powers) di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966 yang berkuatkuasa dari 10 Jun 1988.




2. Perlanjutan masa yang diberikan oleh Pendaftar Pertubuhan pada UMNO untuk mengadakanpemilihan Majlis Tertinggi UMNO bagi tahun 2017 merupakan kuasa tambahan (residual powers) Pendaftar Pertubuhan yang telah dilaksanakan mengikut lunas undang-undang; dan

3. Surat Pendaftar Pertubuhan Malaysia bertarikh 31 Oktober 2017 [Rujukan:PPM/WKL251/88 JLD.5(2)] yang dialamatkan kepada pejabat Setiausaha Agung UMNO Malaysa membenarkan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

Justeru itu, UMNO menghormati dan akan sentiasa mematuhi kebenaran yang telah diberikan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Ahli-ahli UMNO adalah disarankan untuk terus kekal komited, focus dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional/UMNO pada Pilihanraya Umum kali ini.

Tengku Adnan bin Tengku Mansor



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...