
ملاك برڬولق: امنو لاون امنو سكالي لاڬي
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Spekulasi bertiup kencang bahawa Adun Tanjung Bidara, Ab Rauf Yusuf, bakal menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Menurut Sinar Harian, Ab Rauf akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Ali Rustam pada Jumaat ini.
Ab Rauf, yang diketahui ‘sekutu rapat baharu’ Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu.
Sumber yang boleh dipercayai dari UMNO mengesahkan bahawa kem Ab Rauf semakin hampir menyingkirkan Sulaiman agar Ab Rauf boleh dinaikkan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Adun Tanjung Bidara, Ab Rauf Yusuf, bakal menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Menurut Sinar Harian, Ab Rauf akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Ali Rustam pada Jumaat ini.
Ab Rauf, yang diketahui ‘sekutu rapat baharu’ Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu.
“Saya tak mahu komen lanjut sehingga ada maklumat seterusnya,” katanya.
TONTON: KEJATUHAN ANWAR IBRAHIM SUDAH BERMULA SEBAB ZAHID, TAK LAMA LAGI DAH
Ini mencadangkan ada kebenaran dalam spekulasi yang bertiup, kerana sekiranya semua ini berita palsu, beliau semestinya akan menafikan segala dakwaan.
UMNO Melaka kini terbahagi kepada dua kem – satu memihak kepada Sulaiaman, dan satu lagi kepada mantan Ab Rauf.
Krisis Melaka bermula pada 4 Oktober 2021 apabila Pakatan Harapan (PH) mengumumkan kerajaan negeri Melaka yang dipimpin oleh Sulaiman telah hilang majoriti.
Ia berikutan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) telah menarik sokongan kepada kerajaan negeri sedia ada.
Keesokkan harinya, UMNO Melaka mengesahkan keahlian Noor Azman dan Idris Haron dalam parti gugur secara automatik selepas mereka mengumumkan hilang kepercayaan kepada Sulaiman.
Pada hari yang sama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diisytiharkan bubar selepas Sulaiman disahkan hilang sokongan majoriti ADUN negeri itu.
Pada 11 Oktober 2021, Tey Kok Kiew dari DAP mendedahkan bahawa Ab Rauf ada berhubung dengan DAP pada saat terakhir untuk mengumpulkan sokongan buat Sulaiman.
Pada 25 Oktober pula, Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Klebang Kechil meluluskan usul supaya Zahid digugurkan sebagai presiden UMNO dan Ab Rauf digugurkan daripada jawatan yang disandangnya dalam UMNO Melaka.
Seterusnya, pada Pilihan Raya Negeri yang berlangsung pada 20 November 2021, BN menang 21 daripada 28 kerusi DUN setelah pengundi kelabu (atas pagar) dan hitam (tidak sokong BN) memboikot pilihan raya itu.
Susulan kemenangan itu, Sulaiaman sekali lagi dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka, namun kali ini, pelantikan Sulaiman mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Ab Rauf.
Pada 23 Mac 2022, spekulasi bertiup kencang bahawa Ab Rauf merancang untuk menggulingkan Sulaiman.
Pada 9 Mei pula, Pemangku Ketua Umno Bahagian Alor Gajah, Rospandi Leman, mengaku bahawa ada paksaan pihak tertentu supaya Sulaiman menandatangani surat peletakan jawatan dalam masa terdekat.
Kini, sumber yang boleh dipercayai dari UMNO mengesahkan bahawa kem Ab Rauf semakin hampir menyingkirkan Sulaiman agar Ab Rauf boleh dinaikkan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
RJ RITHAUDEEN
