Melayu-Islam wajar tolak pencalonan Berjasa di Tanjung Piai

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya terasa amat kesal dengan tindakan Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) mencalonkan presidennya, Dr Badrulhisham Abdul Aziz, bagi Pilihanraya Kecil di Tanjung Piai.

Ini memandangkan pencalonan tersebut bercanggah dengan pendirian yang diambil oleh pemimpin-pemimpin Melayu-Islam di beberapa platform perpaduan, termasuk Kongres Maruah Melayu dan Himpunan Perpaduan Ummah, untuk menjurus ke arah penyatuan ummah menerusi usaha permuafakatan dan kesefahaman.




Selagi KMM dan HPU tidak disusuli dengan usaha oleh mana-mana pihak untuk diadakan rundingan di meja bulat melibatkan semua perkumpulan Melayu-Islam, selagi itulah tidak harus berlaku pertembungan antara Melayu dan Melayu di pilihanraya kecil.

Berjasa seharusnya jujur dengan perjuangan ke arah penyatuan dan mengambil sikap berkecuali sekiranya tidak bersetuju dengan pencalonan mana-mana pihak melainkan kepimpinannya telah cuba untuk membawa kesemua kumpulan Melayu-Islam ke meja rundingan tetapi gagal.

Berjasa perlu akur, pihak yang mula-mula menamakan calon ialah PPBM, di mana sekiranya pihak kepimpinan Berjasa benar-benar berniat untuk bertanding di Tanjung Piai, ia seharusnya mengumumkan calonnya terlebih dahulu.

Sekurang-kurangnya, dengan adanya pencalonan wakil PPBM bagi pihak Pakatan Harapan dan MCA bagi pihak Barisan Nasional, tidak akan ada calon DAP yang bertanding di Tanjung Piai ataupun pertembungan antara Melayu dengan Melayu.

Artikel bersambung selepas video

Justeru, saya menyeru umat Islam untuk tolak bulat-bulat calon Berjasa di PRK Tanjung Piai dan beri tumupan sepenuhnya kepada pertembungan antara calon MCA (BN) dan PPBM (PH) buat kali ini.

Loading...

Saya berharap kesemua parti politik dan kumpulan bukan politik yang berteraskan Melayu-Islam akan mengorak langkah ke arah rundingan meja bulat bagi membincangkan isu penyatuan sebaik sahaja PRK di Tanjung Piai selesai.

Sekiranya perkara ini gagal dilakukan dan sekiranya berlaku lagi PRK di masa hadapan, saya tidak akan melatah apabila berlaku pertembungan antara Melayu dan Melayu.

Pada ketika itu, saya dan rakan-rakan saya akan menganggap segala apa yang dibentangkan oleh pemimpin politik ketika KMM dan HPU sebagai retorik semata-mata tanpa adanya niat ikhlas oleh mana-mana pihak untuk memperjuangkan agenda penyatuan dan perpaduan ummah.

Sekian



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...