Melayu UMNO lupa daratan, bagaikan ikan dalam lautan kejahilan…

Raggie Jessy Rithaudeen

ملايو امنو لوڤا دارتن، باڬايكن ايكن دالم لاوتن كجاهيلن…

Terdapat satu versi sejarah yang menceritakan bagaimana orang-orang Istana mengadakan satu siri perbincangan menjurus kepada penubuhan sebuah organisasi untuk mempertahankan kemartaban Institusi Diraja.

Kesemuanya bermula di sekitar pertengahan tahun 1930-an, di mana pada ketika itu, masyarakat Melayu-Islam sudah tidak berpuas hati dengan perjanjian-perjanjian sulit yang dimasuki oleh pihak British dengan kongsi-kongsi, persatuan-persatuan dan tokong-tokong Cina (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “perkumpulan Cina”) yang diketuai oleh beberapa kumpulan ‘taiko’ yang lari dari China.




Taiko-taiko ini kerap mencetuskan ketegangan antara suku kaum Cina sebelum ‘membantu’ pihak British untuk meleraikan ketegangan itu bagi memastikan puak penjajah sentiasa memerlukan ‘bantuan’ mereka.

Sebagai ganjaran, pihak British memberikan ‘otonomi’ kepada taiko-taiko ini dalam hal-hal membabitkan pembangunan dan aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan di sekitar lombong bijih timah.

Pihak British terpaksa melakukan demikian kerana taiko-taiko ini mampu mengawal ahli-ahli kongsi dan ketua-ketua suku kaum Cina daripada menjejaskan keharmonian di kawasan bandar baharu yang muncul di sekitar kawasan perlombongan.

Ini penting, kerana pihak British amat bergantung kepada bijih timah untuk pelbagai tujuan perdagangan, termasuklah menyalut bahagian tepi dan dalam peti-peti yang digunakan untuk menyimpan daun teh dengan aloi timah.

Seandainya kongsi-kongsi Cina bergaduh, sudah pasti ekonomi di kawasan bandar baharu terjejas dan memberikan impak negatif kepada aktiviti perdagangan melibatkan aloi timah.

Pihak British turut bergantng kepada taiko-taiko Cina untuk membawa masuk warga China dan mencatu mereka yang terlibat dengan aktiviti buruh di kawasan lombong timah dan perniagaan di kawasan perbandaran.

Sedikit-demi sedikit, beberapa kawasan di dalam dan di luar kawasan perbandaran di sekitar lombong-lombong bijih timah menjadi milik perkumpulan Cina apabila pihak British melepaskan tanah kepada tauke-tauke Cina sebagai ‘ganjaran’ kerana menguruskan segalanya dengan baik.

Loading...

Perkara ini menyebabkan ketua-ketua kampung dan masyarakat Melayu-Islam setempat, khususnya, meraka yang duduk di kawasan perkampungan yang berdekatan dengan bandar-bandar baharu, khuatir hak mereka sebagai penduduk pribumi terhakis.

Walaupun sudah wujud Enakmen Rizab Melayu (1933) pada ketika itu, ramai orang Melayu tidak berpuas hati apabila sebahagian daripada tanah yang diteroka oleh tauke-tauke Cina di sekitar kawasan lombong beransur-ansur menjadi ‘hakmilik’ mereka.

Tersebut juga kisah beberapa pengusaha kecil getah di kawasan perkampungan yang ditindas oleh pegawai-pegawai British yang sengaja menimbulkan kekangan untuk menutup kebun-kebun getah milik mereka.

Pengusaha-pengusaha ini sentiasa dilawati oleh sekumpulan pegawai dari jabatan kesihatan yang memberi seribu satu alasan mengapa kebun mereka harus ditutup, samada sementara atau terus atas alasan ianya tidak terurus.

Segelintir kecil pengusaha getah ini akhirnya ‘mencagar’ tanah mereka kepada ketua-ketua perkumpulan Cina dan menggunakan modal yang diperolehi untuk berniaga di kawasan bandar baharu di sekitar lombong-lombong bijih timah.

Malangnya, tauke-tauke Cina di kawasan bandar sengaja meletakkan syarat-syarat pelik kepada peniaga Melayu yang membuat pinjaman untuk tujuan membeli bahan mentah, menyebabkan ramai peniaga Melayu menjadi muflis dan menanggung hutang di keliling pinggang.

Bagi melangsaikan hutang ini, ada di kalangan tauke-tauke Cina yang mengambil alih tanah milik Melayu dengan ‘kebenaran’ pihak British walaupun tanah itu pada dasarnya ‘dicagar’ secara tidak sah jika berpandu kepada undang-undang tanah ‘rizab’ yang wujud pada ketika itu.

Kesemua ini hanyalah cebisan daripada ratusan peristiwa yang memarahkan warga Melayu-Islam setempat di banyak kawasan di sekitar pantai barat semenanjung dan Kelantan dan meregangkan hubungan antara masyarakat Melayu-Islam dan Cina.

Apa yang dilihat oleh penduduk pribumi ialah penindasan hamba-hamba raja menerusi sekongkol pendatang dengan pendatang, yakni puak penjajah dengan ketua-ketua perkumpulan Cina, demi menjaga kepentingan peribadi masing-masing.

Perkara ini menjadi isu sensitif, kerana bukan hanya pindah-milik tanah secara tidak sah ‘dihalalkan’ secara senyap, masyarakat Melayu-Islam melihat cara pihak British ‘memperlekeh’ peranan raja-raja Melayu apabila memberikan tanah sewenang-wenangnya kepada ‘orang asing’.

Atas dasar itulah bermulanya beberapa pergerakkan kecil melibatkan ketua-ketua kampung dan ‘pahlawan’ silat di kawasan perkampungan Melayu yang berhampiran dengan bandar-bandar baharu.

Pergerakan ini beransur-ansur mendorong kelahiran beberapa kumpulan melibatkan pemuda kampung, yang menceritakan perkara ini dengan mendalam kepada seorang tokoh sejarah beberapa dekad kemudian.

Inilah titik permulaan kepada gerakan nasionalsime di semenanjung tanah Melayu yang jarang diceritakan dalam penulisan sejarah akibat daripada campurtangan pihak British yang menapis segala naratif sebelum merdeka.

Masyarakat Melayu-Islam pada penghujung 1930-an terasa amat tertindas dan marah dengan segala bentuk campurtangan oleh bangsa asing, baik dari kalangan mereka yang datang untuk berniaga ataupun pihak yang memerintah.

Bangsa pribumi terguris dan bengang dengan masyarakat Cina yang mengaut keuntungan dari bumi Melayu tetapi enggan menganggap diri mereka sebagai hamba raja.

Ketua-ketua perkumpulan Cina hanya berminat untuk menghantar balik keuntungan yang dikaut dari bumi Melayu ke ahli-ahli kongsi di China tanpa membantu memajukan kawasan perkampungan Melayu yang ada kalanya ‘dirampas’ menerusi perjanjian-perjanjian yang tidak masuk akal.

Kesemua ini menjurus kepada percambahan perkumpulan nasionalis yang memikirkan cara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Melayu-Islam agar bangkit menuntut hak yang dicabul dan menghalau sesiapa sahaja yang tidak menjunjung kasih atau titah raja-raja Melayu.

Inilah yang menjadi asas kepada pergerakan nasionalisme dan misi bersama semua perkumpulan yang lahir pada ketika itu agar bangsa Melayu tidak tersungkur di bumi sendiri disebabkan penjajahan dan penjarahan oleh warga asing.

Apakah inu yang diperjuangkan hari ini?

Jauh sekali.

Walaupun sudah lama menerima bangsa Cina dan India sebagai warga Malaysia, masyarakat Melayu-Islam tidak lagi bersatu, tetapi sebaliknya, sibuk bercakaran bagi mempertahankan idola pujaan masing-masing.

Idola-idola ini pula sibuk memijak-mijak satu sama lain untuk mengembangkan sayap dan meningkatkan kuasa masing-masing sambil melagakan pemimpin Melayu-Islam daripada menyediakan pentas muzakarah ke arah penyatuan ummah.

Mereka lupa, bahawa Melayu itu semestinya Islam, dan musuh Islam sentiasa berada di mana-mana.

Perjuangan mempertahankan Agama dan Bangsa tidak mungkin berakhir sampai bila-bila kerana tidak ada sesiapa yang mampu mempertahankan maruah Melayu-Islam melainkan Melayu-Islam sendiri.

Ini tidak, yang bersatu hanya Cina dan India, manakala golongan nasionalis Melayu yang pada satu ketika dahulu bersatu deminmempertahankan maruah Agama dan Bangsa kini sibuk menjarah khazanah harta sendiri.

Sedar tak sedar, UMNO kini bagaikan ikan dalam pelukan lautan kejahilan dan diterajui oleh golongan pemimpin yang bukannya nasionalis atau bangsawan, tetapi golongan kleptokrat yang sanggup merogol maruah Bangsa demi mencapai matlamat peribadi masing-masing.

Tidak hairanlah musuh Agama dan Bangsa kini bukannya bangsa asing, tetapi pemimpin UMNO sendiri yang berjaya menyebabkan tersungkurnya satu nilai peradaban yang ulung di bumi Allah ini.

Nilai peradaban inilah yang disegani oleh pihak British pada satu ketika dahulu apabila mereka sampai ke Tanah Melayu dan melihat pendekar-pendekar Melayu yang benar-benar berjiwa rakyat dan berjuang demi Raja, Agama, Bangsa.

Bersambung esok…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...