Mengejutkan: Laporan polis terhadap Tommy Thomas kini berjumlah 134

Buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ mengundang reaksi pelbagai pihak terutamanya beberapa pemimpin politik termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Sumber (gambar): Fail TTF

مڠجوتكن: لاڤورن ڤوليس ترهادڤ تومماي تومس كيني برجومله 134

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka tiga lagi kertas siasatan terhadap terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung penerbitan buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata antara laporan polis diterima mendakwa buku terbabit mengandungi fakta tidak benar, menghina dan berunsur fitnah.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Thomas selepas menerima laporan bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Beberapa laporan polis juga dibuat oleh pemimpin parti politik serta bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Khamis lalu.


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka tiga lagi kertas siasatan terhadap terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung penerbitan buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata antara laporan polis diterima mendakwa buku terbabit mengandungi fakta tidak benar, menghina dan berunsur fitnah.




“Lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya seperti dilporkan Berita Harian.

Jelasnya setakat ini, polis telah menerima 134 laporan polis dari seluruh negara terhadap bekas Peguam Negara itu.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Thomas selepas menerima laporan bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Beberapa laporan polis juga dibuat oleh pemimpin parti politik serta bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Khamis lalu.

Buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ itu mengundang reaksi pelbagai pihak terutamanya beberapa pemimpin politik termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...