Mengejutkan: Pentadbiran Shafie Apdal dilihat tergesa-gesa libatkan Syarikat Terowong Pulau Pinang dalam projek Empangan Pagar Sabah

“Kesemua ini menunjukkan kepincangan yang amat serius dalam pentadbiran negeri Sabah bawah Shafie dan kemungkinan wujudnya konspirasi melibatkan syarikat Zenith Corporation, Wira Syukur dan Shafie sendiri yang dilihat tergesa-gesa meminta Amarjit menandatangani surat tawaran tersebut”

Raggie Jessy Rithaudeen

Susulan penularan surat tawaran tunjuk minat (lihat bawah) kepda kontraktor bagi projek Empangan Pagar, Wira Syukur (M) Sdn Bhd, timbul dakwaan mengejutkan yang mengaitkan tawaran tersebut dengan kontraktor Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, Zenith Construction Sdn Bhd.




Menurut portal Sabahkini2, Wira Syukur, anak syarikat kepada Vizione Holdings Bhd, memegang saham dalam Zenith Construction, sekaligus menjadikan kontraktor projek terowong pemain utama projek Empangan Papar.

Setelah mengkaji dakwaan tersebut dan berjumpa dengan beberapa individu yang berkedudukan, saya mendapati sesuatu yang amat mencurigakan melibatkan pentadbiran dan Ketua Negeri Sabah, Dato’ Seri Shafie Apdal.

Kontroversi mula timbul apabila surat tawaran kepada Wira Syukur didapati membawa tandatangan bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Amarjit Singh.

Ini memandangkan surat tersebut bertarikh 10hb Oktober 2019, sedangkan pada hari sebelumnya, Mahkamah Tinggi Sabah memutuskan bahawa pelantikan politik Amarjit sebagai pengarah JANS Ogos lepas tidak sah.

Loading...

Ini sekaligus menjadikan surat tersebut tidak sah dan satu penghinaan terhadap mahkamah, memandangkan pada ketika itu, Kerajaan Negeri Sabah masih belum failkan rayuan atas keputusan berhubung pelantikan Amarjit.

Keputusan tersebut menyusul dari saman yang dibawa oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Dato’ Yong Teck Lee, bersama seorang ahli perniagaan, Pang Thou Chung, terhadap Kerajaan Negeri Sabah kerana melantik Amarjit biarpun beliau bukan penjawat awam.

Kesemua ini menunjukkan kepincangan yang amat serius dalam pentadbiran negeri Sabah bawah Shafie dan kemungkinan wujudnya konspirasi melibatkan syarikat Zenith Corporation, Wira Syukur dan Shafie sendiri yang dilihat tergesa-gesa meminta Amarjit menandatangani surat tawaran tersebut.

Bersambung…

Kredit: Sabahkini2

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON YOUTUBE, TELEGRAM AND TWITTER:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...