Mengejutkan: Saksi dedahkan tiada dokumen ditemui kerana Yayasan Akalbudi ‘tidak wujud’

Menurut saksi SPRM, dia ke lokasi yang didaftarkan di SSM bagi tujuan untuk menjalankan siasatan dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan Yayasan Akalbudi termasuk laporan mesyuarat dan audit tahunan. Sumber (gambar): Fail TTF

مڠجوتكن: سقسي ددهكن تياد دوكومن دتموي كران يايسن عقلبودي ءتيدق وجودء

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak beroperasi di alamat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perkara itu didedahkan oleh Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khairuddin Kilau, 44, ketika sesi soalan tambahan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt ke atas saksi terakhir kes melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi itu.

Sebelum itu, Khairuddin dalam penyataan bertulis memaklumkan telah membuat rampasan fail Yayasan Akalbudi yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan daripada setiausaha syarikat Lewis & Co, Mahinder Kaur Teja Singh.

Bagaimanapun, Khairuddin gagal mendapatkan laporan tahunan dan audit tahunan Yayasan Akalbudi ketika rampasan tersebut, menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk ke alamat yang didaftarkan.


KUALA LUMPUR: Saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak beroperasi di alamat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perkara itu didedahkan oleh Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khairuddin Kilau, 44, ketika sesi soalan tambahan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt ke atas saksi terakhir kes melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi itu.




Jelas saksi ke 99 itu dia ke lokasi yang didaftarkan di SSM bagi tujuan untuk menjalankan siasatan dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan Yayasan Akalbudi termasuk laporan mesyuarat dan audit tahunan.

Sebelum ini, Yayasan Akalbudi dilaporkan didaftarkan di alamat Jalan Raja Abdullah, di sini.

“Tiada apa-apa dokumen ditemui (di lokasi berkenaan) kerana pejabat di alamat yang berdaftar tidak ada Yayasan Alkalbudi di situ.

“Hasil semakan di alamat berdaftar tersebut Yayasan Akalbudi tidak pernah beroperasi di alamat yang didaftarkan,” katanya memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada Khairuddin ada mengunjungi lokasi selain SSM dan Lewis & Co bagi mendapatkan dokumen-dokumen penting berkaitan Yayasan Akalbudi.

Sebelum itu, Khairuddin dalam penyataan bertulis memaklumkan telah membuat rampasan fail Yayasan Akalbudi yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan daripada setiausaha syarikat Lewis & Co, Mahinder Kaur Teja Singh.

Bagaimanapun, Khairuddin gagal mendapatkan laporan tahunan dan audit tahunan Yayasan Akalbudi ketika rampasan tersebut, menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk ke alamat yang didaftarkan.

Loading...

“Saya ada buat pertanyaan berkaitan dokumen-dokumen tersebut. Beliau (Mahinder) menyatakan tidak menyimpan dokumen tersebut dan tidak pernah mengadakan mesyuarat atau menyediakan laporan audit.

“(Mahinder memaklumkan) Tidak menerima arahan daripada pihak pengurusan Akalbudi untuk mengadakan mesyuarat atau menyediakan laporan audit,” jelasnya lagi

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...