Menjelang PRN, dua ‘gergasi’ DAP buat kejutan yang bakal kelirukan pengundi Cina

Pua menyuarakan harapan supaya Pakatan Harapan selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri selepas PRU16. Sumber (gambar): Fail TTF

منجلڠ ڤرن، دوا ‘ڬرڬسي’ دڤ بوات كجوتن يڠ باكل كليروكن ڤڠوندي چينا

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Menjelang Pilihan Raya enam negeri, dua gergasi DAP membuat kenyataan ‘kejutan’ yang bakal memberi impak kepada keyakinan pengundi, khususnya, pengundi Cina, terhadap gandingan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Kenyataan pertama melibatkan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu, di mana beliau mengumumkan pengunduran daripada parti yang dianggotainya selama empat dekad berkuat kuasa esok.

Sementara itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua secara ‘tiba-tiba’ menggelar Barisan Nasional yang kini bersama Pakatan Harapan Kerajaan sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’.

Kenyataan-kenyataan ini memberi isyarat jelas wujud rasa tidak puas hati dalam DAP berhubung keputusan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang terpalit skandal LCS dan berdepan 47 pertuduhan jenayah.

Dalam surat kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, bertarikh 23 Jun, Ronnie antara lain memohon pucuk pimpinan parti untuk menamatkan keahliannya berkuat kuasa 24 Jun.

TONTON: PH-BN AKAN JADI MANGSA SABOTAJ DAN BOIKOT KEMPEN SENDIRI

Menurutnya, selepas 41 tahun bersama DAP, banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaannya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua secara ‘tiba-tiba’ menggelar Barisan Nasional yang kini bersama Pakatan Harapan Kerajaan sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’.

Kenyataan itu disuarakan oleh Pua sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dengan label sama turut diberikan kepada BERSATU selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.

Pua menyuarakan harapan supaya Pakatan Harapan selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kenyataan Pua dan Ronnie sudah pasti menimbulkan seribu satu persoalan di kalangan pengundi Cina, khususnya, mereka yang sudah sedia meluat dengan Pakatan Harapan kerana berdamping dengan puak yang sebelum ini dilabel oleh pemimpin gabungan itu sebagai ‘Kleptokrat’.

Kenyataan-kenyataan ini memberi isyarat jelas wujud rasa tidak puas hati dalam DAP berhubung keputusan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang terpalit skandal LCS dan berdepan 47 pertuduhan jenayah.

Loading...

RJ RITHAUDEEN

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...