MENJUNJUNG KASIH DYMM AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Perdana Menteri yang serba lemah pada hari ini harus berundur secara kadar segera dan serahkan kepimpinan negara kepada tokoh pengalaman yang pernah menangani krisis ekonomi dunia secara berkesan mengikut catatan sejarah kepimpinan negara kita”

Khairuddin Abu Hassan

Bersyukur ke hdrat Allah swt serta menjunjung kasih kepada KDYMM Agong dan keseluruhan DYMM Raja-Raja Melayu yang telah membuat satu keputusan bijaksana yang melegakan keseluruhan keluh-kesah rakyat dalam isu kearah mengisytiharkan darurat di negara yang tercinta ini.

Kebijaksanaan DYMM Raja-Raja Melayu amat terserlah dan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu amat disanjungi oleh keseluruhan rakyat malaysia.

Rakyat terus merafak kesyukuran kerana institusi Raja-Raja Melayu tidak boleh diperlekehkan oleh institusi politik khususnya dari kalangan politikus yang rakus kuasa.




Dalam masa yang sama rakyat juga ingin mengetahui kedudukan perdana menteri kerana semua pihak yakin bahawa Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti bagi beliau mengekalkan jawatannya itu.

Kepimpinan Muhyiddin Yassin amat lemah dan kedudukan negara sedang berada dalam keadaan tidak menentu adalah disebabkan oleh mutu kepimpinan negara masakni yang amat lemah.

Tambahan pula, Muhyiddin Yassin dan kerajaan ‘tebuk atap’ PN pada hari ini telah gagal untuk ‘mislead’ seterusnya tidak berjaya memperalatkan Majlis Raja-Raja Melayu mengisytiharkan darurat di tanahair kita.

Adalah elok dan molek untuk Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya secara terhormat kerana terbukti pada hari ini beliau tidak mampu untuk memimpin negara secara berkesan.

Negara memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi dan mampan untuk menghadapi pelbagai cabaran politik, ekonomi, sosial serta pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara secara gelombang kedua.

Perdana Menteri yang serba lemah pada hari ini harus berundur secara kadar segera dan serahkan kepimpinan negara kepada tokoh pengalaman yang pernah menangani krisis ekonomi dunia secara berkesan mengikut catatan sejarah kepimpinan negara kita.

Sebab itu rakyat pada hari lebih gemar dengan cadangan kerajaan perpaduan yang pernah diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kearah mempunyai sebuah kerajaan yang benar-benar stabil melibatkan semua pihak tanpa boleh diganggu-gugat lagi sekurang-kurangnya sehingga pru15 kelak.

Loading...

Negara masih mempunyai dua tokoh negarawan yang amat berpengalaman luas untuk membantu memimpin negara di saat yang amat mencabar ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan YBM Tengku Razaleigh Hamzahmempunyai pengalaman luas bagi memimpin seterusnya membina ‘Malaysia Baharu.’

Namun, dalam masa yang sama keseluruhan rakyat akan merafak sembah KDYMM Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu untuk memikul peranan terbaik mungkin serta teramanah mungkin kearah satu hati dengan segenap lapisan rakyat bagi melawan mahupun membendung pandemik Covid-19 di negara kita.

Titah nasihat KDYMM Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu akan dijunjung dengan penuh taat setia.

‘RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA’

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...