
“Ikutkan logik Hasni, kerajaan pimpinan UMNO di peringkat persekutuan turut perlu mendapatkan mandat yang lebih kukuh dan bukannya memerintah atas ihsan Pakatan Harapan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kerajaan”
Raggie Jessy Rithaudeen
منتري بسر جوهر بري اسماعيل صبري سبب كوكوه نصيحتي اڬوڠ بوبر ڤرليمين
Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dilaporkan sebagai berkata, kerajaan pimpinan UMNO Johor perlu mendapat mandat yang lebih kukuh dan bukannya memerintah atas ihsan pembangkang.
Hasni berkata demikian ketika mempertahankan keputusan membubarkan DUN Johor, dan menambah, tidak ada pihak yang boleh menafikan bahawa kerajaan negeri berada dalam keadaan tidak stabil dengan kelebihan satu kerusi sahaja.
“Saya beranggapan kerajaan yang ada perlu jadikan Johor sebagai negeri yang rancak program untuk rakyat.
“Semua ini perlu diteruskan, tetapi kedudukan kerajaan bergerak atas ehsan pembangkang (dan) saya rasa ini tidak wajar berlaku.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Saya ingin melihat Johor menjadi negeri maju, rancak pembangunannya, justeru itu saya perlukan mandat baru. Saya perlu dapat semula mandat daripada rakyat Johor,” katanya.
BACA JUGA: KLUSTER MAHKAMAH BERJAYA PERANGKAP ANWAR
Ikutkan logik Hasni, kerajaan pimpinan UMNO di peringkat persekutuan turut perlu mendapatkan mandat yang lebih kukuh dan bukannya memerintah atas ihsan Pakatan Harapan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kerajaan.
Menurut MoU tersebut, Pakatan Harapan bersetuju untuk menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri agar Pilihan Raya tidak tercetus selagi masalah kesihatan belum selesai ditangani.
Namun, kedua-dua Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kelihatan amat bersedia menghadapi Pilihan Raya, dan perkara ini terbukti di Melaka apabila UMNO menumbangkan kerajaan pimpinannya sendiri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji-muji ADUN-ADUN terbabit.
Kini, di Johor, UMNO terlibat secara langsung dalam usaha mencetuskan Pilihan Raya Negeri, biarpun pihak pembangkang menyuarakan dengan jelas perlunya kerajaan negeri yang sedia ada dikekalkan.
Justeru, tidak masuk akal jika kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan meneruskan MoU yang ditandatangani.
Sebaliknya, Ismail Sabri perlu menghayati logik Hasni dan menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen dengan kardar segera, agar Pilihan Raya Negeri Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 dapat diadakan serentak dan tidak berlaku pembaziran dana rakyat.
WAJIB BACA:
Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh
