Menteri Besar Kedah batal cuti Thaipusam, dakwa ‘hanya 6.8 peratus masyarakat India di Kedah’

Muhammad Sanusi berkata, terdapat hanya 6.8 peratus masyarakat India di Kedah dan mereka ada yang menganut agama Hindu, Islam dan Kristian. Sumber (gambar): Fail TTF

منتري بسر قدح بطل چوتي تايڤوسم، دعوا 6.8 ڤراتوس مشاركت اينديا د قدح

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kedah membatalkan cuti sambutan perayaan Thaipusam.

“Ketika tiada cuti peristiwa untuk perayaan Thaipusam di Kedah sejak sebelum Merdeka lagi, ia tetap disambut bebas dan meriah, hanya dua tahun terakhir ini ia dijadikan cuti peristiwa, bukan cuti umum rasmi negeri.

“Jadi penganut agama terbabit boleh menyambutnya di mana-mana saja dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Cuma sekarang semua orang sedang ‘dicutikan’ akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan bahawa keputusan Muhammad Sanusi itu menyerlahkan sikap angkuh dan jahil beliau terhadap penganut Hindu.


PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kedah membatalkan cuti sambutan perayaan Thaipusam.

Walaubagaimanapun, Sanusi menegaskan beliau bukan mahu mengenepikan hak mana-mana rakyat di negeri Kedah.




“Ketika tiada cuti peristiwa untuk perayaan Thaipusam di Kedah sejak sebelum Merdeka lagi, ia tetap disambut bebas dan meriah, hanya dua tahun terakhir ini ia dijadikan cuti peristiwa, bukan cuti umum rasmi negeri.

“Jadi penganut agama terbabit boleh menyambutnya di mana-mana saja dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Cuma sekarang semua orang sedang ‘dicutikan’ akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan bahawa keputusan Muhammad Sanusi itu menyerlahkan sikap angkuh dan jahil beliau terhadap penganut Hindu.

Beliau menjelaskan, MIC tidak sepatutnya menjadikan semua isu sebagai modal politik kerana kerajaan dan rakyat mempunyai isu lebih besar iaitu berdepan pandemik Covid-19.

“Kita ada PKP dan Ordinan Darurat yang sedang berkuatkuasa, jadi jangan politikkan semua perkara. Ini soal keselamatan dan nyawa seluruh rakyat Malaysia.

“Jika beberapa orang dalam MIC mahu cuti umum sempena Thaipusam, mereka boleh melobi kerajaan Persekutuan mengumumkan cuti umum untuk seluruh negara. Kedah sudah ada keputusan dalam hal ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, terdapat hanya 6.8 peratus masyarakat India di Kedah dan mereka ada yang menganut agama Hindu, Islam dan Kristian.

Loading...

“Saya sudah berjumpa dengan tiga kumpulan masyarakat India mewakili penganut Hindu minggu lalu, untuk menjelaskan mengenai keputusan ini.

“Jadi MIC ini pejuang apa, India atau Hindu? Cuti peristiwa yang terhad kuotanya patut dipertimbang untuk acara lebih besar atau untuk seluruh rakyat Kedah bukan untuk kaum dan agama tertentu sahaja,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...