
منتري بسر ڤراق ﴿ڤڤبم﴾ ڬاڬل داڤت سوكوڠن اوندي ڤرچاي
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam undi usul percaya terhadap beliau hari ini.
Dalam undian 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahmad hanya memperolehi 10 undi sokongan berbanding 48 yang menolak usul percaya itu.
Dia dijadual membentangkan belanjawan negeri pada hari ini. Bagaimanapun dengan perkembangan yang berlaku tadi, ia terpaksa ditunda ke Rabu depan.
Tempoh itu perlu bagi membolehkan speaker dan Ahmad Faizal mengadap Sultan Nazri Shah bagi menyembah maklum apa yang berlaku dalam DUN hari ini.
PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam undi usul percaya terhadap beliau hari ini.
Dalam undian 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahmad hanya memperolehi 10 undi sokongan berbanding 48 yang menolak usul percaya itu.
Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru daripada UMNO, Abd Manaf Hashim. Pada asalnya, usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.
Bagaimanapun, dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid.
Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari (PH) kemudian memohon agar pengundian dijalankan secara belah bahagi. Ia diterima Mohamad Zahir selepas lebih 10 Adun berdiri untuk menyokongnya.
Dalam ucapan yang disampaikan sejurus selepas keputusan dibacakan, Ahmad Faizal berkata, dia menerima ketetapan yang dibuat ADUN Perak.
“I miss you guys sometimes actually, seriously (Sebenarnya kadang-kadang saya rindukan kamu semua, betul,” katanya.
Dia dijadual membentangkan belanjawan negeri pada hari ini. Bagaimanapun dengan perkembangan yang berlaku tadi, ia terpaksa ditunda ke Rabu depan.
Tempoh itu perlu bagi membolehkan speaker dan Ahmad Faizal mengadap Sultan Nazri Shah bagi menyembah maklum apa yang berlaku dalam DUN hari ini.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
