Menteri Besar Perak tidak dapat dihubungi

Difahamkan, satu sidang media yang dihadiri semua barisan Exco Perak dijangka diadakan hari ini bagi merungkai isu pentadbiran negeri. Sumber (gambar): Fail TTF

منتري بسر ڤراق تيدق داڤت دهوبوڠي

EXCO Perak masih belum menerima apa-apa perkembangan terbaru mengenai pentadbiran negeri itu malah gagal menghubungi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, beliau cuba menghubungi Menteri Besar beberapa kali tetapi tidak berjawab.

Pada 25 Februari lalu, Ahmad Faizal dalam kenyataan berkata, masih kekal bertugas sebagai Menteri Besar Perak seperti biasa dengan sokongan majoriti ADUN.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri Dan Pembangunan Wilayah Perak (Exco), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Exco masih belum menerima arahan daripada Ahmad Faizal.

“Kali terakhir saya bertemu beliau di Mandarin Hotel (Kuala Lumpur), juga pada hari beliau mengeluarkan kenyataan selepas menghadap Sultan Perak (25 Februari).

“Saya cuba menghubungi beliau tetapi panggilan tidak dijawab. Saya hubungi melalui telefon dan WhatsApp,” katanya ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Hasnul yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, setakat ini beliau akan bertugas seperti biasa sehingga dimaklumkan perkembangan terkini.

Pada 25 Februari lalu, Ahmad Faizal dalam kenyataan berkata, masih kekal bertugas sebagai Menteri Besar Perak seperti biasa dengan sokongan majoriti ADUN.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri Dan Pembangunan Wilayah Perak (Exco), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Exco masih belum menerima arahan daripada Ahmad Faizal.

“Kami masih bertugas seperti biasa. Kita perlu tunggu kenyataan rasmi dan jangan membuat sebarang spekulasi.

“Terpulang kepada beliau (Ahmad Faizal) jika mahu merombak barisan Exco, itu prerogatif beliau,” katanya.

Loading...

Difahamkan, satu sidang media yang dihadiri semua barisan Exco Perak dijangka diadakan hari ini bagi merungkai isu pentadbiran negeri.

Sumber:

PENGUMUMAN PENTING:

CARA AKSES LAMAN WEB YANG HADAPI GANGGUAN

Jika ada gangguan teknikal melibatkan website http://www.thethirdforce.net, untuk terus akses, sila KLIK link di bawah dan download Tor Browser. SETELAH selesai install, taip www.thethirdforce.net di atas untuk ikuti terbitan-terbitan kami yang terkini.

Bagi pengguna IPhone, download Onion Browser di https://onionbrowser.com/, kemudian klik Tor Browser setelah selesai install.

Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...