Menteri Besar Selangor: Saya terkejut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh negeri, hanya empat daerah terjejas

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. Sumber (gambar): Fail TTF

Amirudin Shari

Berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 yang membimbangkan, saya baru sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) dan lain-lain agensi untuk pelaksanaan Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Petaling.

Pengumuman PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya oleh YB Menteri Kanan Pertahanan sebentar tadi agak mengejutkan Kerajaan Negeri kerana keputusan mesyuarat tadi menunjukkan hanya Klang,Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang mempunyai bilangan kes yang membimbangkan.

Perlu dinyatakan di sini bahawa sehingga hari ini, secara konsensus Kerajaan Negeri melihat ada beberapa cadangan-cadangan tertentu yang boleh dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dipertimbangkan.




Kerajaan Negeri berpandangan bahawa beberapa kawasan yang masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah masih terkawal. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan menghantar cadangan balas kepada pihak MKN dengan segera agar dapat diberi pertimbangan semula.

Kerajaan Negeri berharap semua pihak bersedia dengan perubahan ini agar sama -sama kita berjaya mengawal penularan wabak Covid-19.

Kerajaan Negeri juga sangat menghargai komunikasi krisis yang lebih efektif dan konklusif melibatkan semua pihak agar sebarang ketetapan yang diambil tidak menghasilkan sebarang bentuk ketidaktentuan pelaksanaan yang akan memberi impak kepada petugas barisan hadapan, rakyat lebih-lebih lagi pengusaha industri kecil dan sederhana.

Semoga Allah S.W.T terus merahmati Selangor dan warganya.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...