Menteri kewangan ‘diasak’ bertubi-tubi, dituduh ‘tipu’ dewan

Tan Sri Shahidan Kasim meminta beliau tidak menipu dewan, membuatkan menteri kewangan itu memaksa Ahli Parlimen Arau berkenaan menarik balik kenyataan ‘menipu’ yang dikeluarkan. Sumber (gambar): Sinar Harian Online

Sesi Dewan Rakyat pagi tadi bermula dalam suasana ‘panas’ apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ‘diasak’ bertubi-tubi beberapa ahli parlimen pembangkang ketika sesi pertanyaan lisan.

Perang mulut yang tidak berkesudahan antara Guan Eng dan beberapa wakil pembangkang itu memaksa Mohamad Ariff menghentikan sesi berkenaan bagi memberi laluan kepada soalan seterusnya selepas lebih setengah jam diperuntukkan bagi soalan kepada menteri kewangan itu.

Tan Sri Shahidan Kasim (BN-Arau) menyifatkan Ahli Parlimen Bagan itu sebagai ‘kelentong’ apabila sering kali mengulangi mengenai masalah hutang dan bukan jumlah atau nilai aset seperti soalan yang ditanya terdahulu.


KUALA LUMPUR: Sesi Dewan Rakyat pagi tadi bermula dalam suasana ‘panas’ apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ‘diasak’ bertubi-tubi beberapa ahli parlimen pembangkang ketika sesi pertanyaan lisan.

Beliau menjawab soalan pertama oleh Jonathan Yasin (PH – Ranau) mengenai hutang, pendapatan dan aset negara apabila suasana mula bertukar tegang selepas soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS – Kubang Kerian) membabitkan Laporan Ketua Audit Negara 201.




Ia membabitkan penjelasan mengenai bayaran balik pinjaman yang dijamin lima syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) termasuk aset dan nilai aset1Malaysia Development Berhad (IMDB) .

Sambil menjawab soalan itu, Guan Eng menyindir sinis Tuan Ibrahim supaya membaca laporan audit itu dengan lebih menyeluruh, selain menegaskan syarikat yang dinyatakan diwarisi daripada kerajaan lama.

Tidak berpuas hati dengan jawapan Guan Eng, Tuan Ibrahim bangun mencelah meminta Guan Eng yang juga Menteri Kewangan itu tidak hanya menyalahkan kerajaan lama, sebaliknya perlu menyatakan cara pengurusan yang dikendalikan kerajaan baharu.

Namun, Guan Eng tetap menegaskan apa yang ditanggung kerajaan adalah disebabkan kerajaan terdahulu.

“Hutang (dibuat) kerajaan lama, tetapi dibayar oleh kerajaan baharu. Takkan itu pun tak faham.

“Ini yang ditanggung oleh kerajaan sekarang, tetapi kita masih mampu membiayainya.

“Bagaimanapun, syarikat penarafan kredit antarabangsa masih mengekalkan penarafan kepada Malaysia kerana yakin dengan pengurusan kewangan yang berdasarkan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan, tak ada rasuah lagi,” katanya.

Loading...

Kenyataan beliau itu mendapat bantahan apabila beberapa wakil pembangkang termasuk Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh), Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Tan Sri Shahidan Kasim (BN-Arau) bangkit beramai-ramai.

Shahidan menyifatkan Ahli Parlimen Bagan itu sebagai ‘kelentong’ apabila sering kali mengulangi mengenai masalah hutang dan bukan jumlah atau nilai aset seperti soalan yang ditanya terdahulu.

Keadaan tidak terkawal itu memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mencelah bagi mententeramkan suasana.

“Yang Berhormat.. ini adalah sesi soal jawab lisan dan bukannya sesi perbahasan,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan jawapan Guan Eng, Shahidan meminta beliau tidak menipu dewan, membuatkan menteri kewangan itu memaksa Ahli Parlimen Arau berkenaan menarik balik kenyataan ‘menipu’ yang dikeluarkan.

Tindakan itu membuatkan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah bangun membantah dan mendakwa Guan Eng juga perlu menarik balik perkataan ‘perompak’ yang pernah digunakannya dalam Dewan Rakyat.

“Bagan (Guan Eng) tidak pernah menarik balik perkataan perompak, mengapa mahu tarik balik (perkataan menipu), Tidak boleh ‘double standard’,” kata Mohd Shahar.

Perang mulut yang tidak berkesudahan antara Guan Eng dan beberapa wakil pembangkang itu memaksa Mohamad Ariff menghentikan sesi berkenaan bagi memberi laluan kepada soalan seterusnya selepas lebih setengah jam diperuntukkan bagi soalan kepada menteri kewangan itu.

Terdahulu, menjawab soalan Jonathan, Guan Eng berkata, perangkaan terkini menunjukkan rizab simpanan negara meningkat kepada RM432.7 bilion berbanding RM419.6 bilion tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah terkini itu adalah memadai bagi membiayai import tertangguh selama 7.6 bulan, selain 1.1 kali jumlah hutang negara bagi tempoh jangka pendek.

Tahun lalu, rizab simpanan negara cukup untuk membiayai import tertangguh selama 7.4 bulan, selain hanya sekali jumlah hutang luar negara bagi jangka pendek.

“Pada 2018, jumlah hasil Kerajaan Persekutuan adalah RM232.9 bilion, manakala bagi perbelanjaan kerajaan pula sebanyak RM287.1 bilion.

“Ini merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM231 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM56.1 bilion,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Jonathan mengenai cara kerajaan menambahkan pendapatan baharu bagi mengurangkan hutang negara, Guan Eng berkata, hutang langsung negara hanya dapat dikurangkan jika kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan mempunyai lebihan selepas menampung perbelanjaan pembangunan.

“Lebihan ini akan digunakan untuk membiayai hutang langsung dan kerajaan tidak perlu membuat pinjaman,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan berjaya mengurangkan hutang langsung daripada RM95.9 bilion pada tahun 1993 kepada RM9.9 bilion pada 1997 berikutan lebihan fiskal dalam kedudukan kewangan tahunan negara.

“Walaupun kedudukan hutang langsung meningkat, tetapi komitmen hutang jika diteliti secara keseluruhannya adalah menurun berbanding peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar Negara (KDNK).

“Jika kita lihat kedudukan hutang langsung Kerajaan Persekutuan sehingga akhir Jun berjumlah RM799.1 bilion atau 52.7 peratus daripada KDNK, tetapi masih kekal di bawah paras 55 peratus yang ditetapkan,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...