Menteri Kewangan makin cacamerba

Lim Guan Eng dilihat melangkaui bidang kuasa Pesuruhjaya SPRM. Keadaan sebegini menggambarkan Menteri Kewangan makin cacamerba dalam menjalankan tugasan beliau. Sumber (gambar): Wikimedia Commons

Shahir Adnan

KETIKA pengumuman mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai Pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat, ia dianggap bertentangan dengan semangat Malaysia Baru kerana beliau merupakan seorang ahli politik Pakatan Harapan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Persoalaan rakyat ketika itu, bagaimanakah SPRM akan dilihat sebagai sebuah badan bebas dan adil jika ketuanya merupakan seorang ahli politik?




Hampir sebulan perlantikan dibuat, satu pengumuman penting pada sidang media pertama dibuat sebagai Pesuruhjaya SPRM, Latheefah Koya mengumumkan senarai 41 individu, kumpulan dan entiti yang dikenakan saman lucut hak oleh SPRM.

Permohonan dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir. Haji Khairil Nizam menggesa mana-mana individu atau pihak yang memfitnah PAS agar membuat permohonan maaf terbuka kerana tiada individu atau pihak berkaitan PAS yang tersenarai di dalam pengumuman yang dibuat Latheefah Koya.

Malangnya, YB Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membuat pengumuman terbuka bahawa “senarai tersebut belum muktamad” dan “masih ada nama lain yang belum diumumkan”.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia memandang serius kenyataan dibuat Lim Guan Eng kerana kenyataan beliau dibuat atas kapasiti Menteri Kewangan. Bagaimanakah beliau mengetahui senarai tersebut belum muktamad, walhal siasatan ini bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan?

Lim Guan Eng dilihat melangkaui bidang kuasa Pesuruhjaya SPRM. Keadaan sebegini menggambarkan Menteri Kewangan makin cacamerba dalam menjalankan tugasan beliau.

Seharusnya beliau memberikan tumpuan untuk mengukuhkan ekonomi negara. Hari ini matawang Ringgit masih berada pada tahap lemah berbanding Dollar Amerika.

Keadaan sebegini juga menggambarkan campur-tangan politik ketika SPRM menjalankan tugas mereka. Inilah yang menjadi kegusaran rakyat Malaysia ketika pelantikan ahli politik memegang jawatan tertinggi badan bebas SPRM.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa siasatan dijalankan secara telus dan bebas tanpa campurtangan mana-mana Menteri. Jika tidak, SPRM dilihat melakukan “siasatan terpilih” kepada musuh-musuh politik sahaja.

Demi Bangsa Malaysia!

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...