Timbalan Menteri PAS: Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam akan digubal

Bagi memperkasakan undang-undang syariah, khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan, kerajaan telah merangka Pelan Pemerkasaan Undang-Undang Syariah bagi tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2020 hingga 2025. Sumber (gambar): Fail TTF

منتري ڤاس: راڠ اوندڠ-اوندڠ كاولن دان سكتن ڤڠمبڠن اڬام بوكن اسلام اكن دڬوبل

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary hari ini memaklumkan beberapa undang-undang syariah akan digubal manakala beberapa akta lain akan dipinda bawah rancangan pelan pemerkasaan undang-undang syariah Wilayah Persekutuan selama lima tahun.

Menurt Ahmad, antara perubahan yang bakal dilaksanakan adalah pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dan penggubalan Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Pindaan terhadap Akta 355 telah menjadi hasrat PAS sekian lama bagi membolehkan pelaksanaan sebahagian hukum Hudud.

Mengenai RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, Marzuk sebelum ini mengemukakan usul berkenaan setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah”.


PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary hari ini memaklumkan beberapa undang-undang syariah akan digubal manakala beberapa akta lain akan dipinda bawah rancangan pelan pemerkasaan undang-undang syariah Wilayah Persekutuan selama lima tahun.

Menurt Ahmad, antara perubahan yang bakal dilaksanakan adalah pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dan penggubalan Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.




“Bagi memperkasakan undang-undang syariah, khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan, kerajaan telah merangka Pelan Pemerkasaan Undang-Undang Syariah bagi tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2020 hingga 2025.

“Dalam pelan pemerkasaan ini, kerajaan bercadang untuk menggubal 11 undang-undang syariah utama, termasuk penggubalan undang-undang baharu dan undang-undang sedia ada dan lapan undang-undang subsidari,” katanya sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Pindaan terhadap Akta 355 telah menjadi hasrat PAS sekian lama bagi membolehkan pelaksanaan sebahagian hukum Hudud.

Ini melibatkan peningkatan hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Akta 355 kepada sehingga 30 tahun penjara, 100 kali sebatan rotan dan denda sehingga RM100,000.

Ketika ini, hukuman maksimum di bawah Akta 355 adalah hanya denda sehingga RM5,000, enam kali sebatan rotan dan tiga tahun penjara.

Mengenai RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, Marzuk sebelum ini mengemukakan usul berkenaan setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah”.

Di bawah pelan pemerkasaan syariah, akan terdapat undang-undang baru mengenai wakaf, mufti dan mahkamah syariah.

Loading...

Ini adalah pindaan utama kepada undang-undang syariah sekarang yang menentukan udang-undang agama Islam di wilayah persekutuan.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini

WAJIB BACA:

Terdesak, Muhyiddin mungkin masuk perjanjian dengan Anwar Ibrahim



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...