Merungkai Rahsia Perang Persepsi Pakatan Harapan 1. Salah satu strategi PH memenangi PRU 14

The Duke of KL

1. Salah satu strategi Pakatan Harapan dalam memenangi PRU14 sekaligus membentuk kerajaan di persekutuan adalah kejayaan mereka untuk menguasai perang persepsi sebelum hari membuang undi melalui pelbagai medium dan kaedah

2. Sebagai contoh, Syed Saddiq pernah menyatakan bahawa pengganguran di M’sia adalah sekitar 500,000 orang. Meskipun benar fakta ini, ia adalah sedikit misleading krn kadar pengganguran mengikut kaedah ekonominya akan diukur mengikut peratusan drpd keseluruhan tenaga buruh.

3. Dr. Mahathir juga menggunakan perang persepsi mengenai hutang negara sebelum pilihanraya. Beliau menyatakan bahawa hutang negara sebanyak RM1 trilion pada Februari tahun ini, 3 bulan sebulan beliau menjadi Perdana Menteri dan mengatakan Malaysia akan menjadi negara bankrap.

4. Meskipun angka tersebut tidak tepat kerana hutang negara sekarang hanyalah berjumlah RM705 billion iaitu sekitar 50% daripada KDNK negara.

Mengikut kaedah ekonomi, hutang negara sepatutnya diukur menggunakan nisbah KDNK bukannya absolute figure spt yg dilakukan oleh Dr. M

                     

5. Bukan sahaja Pakatan Harapan, kami juga menggunakan absolute figure bagi menggambarkan persepsi negatif kewangan negara di Twitter bermula 1 April 2018.

Tindakan kami ini bagi membantu kemenangan Pakatan Harapan utk menumpaskan Barisan Nasional dlm PRU14.

          

6. Kami juga pernah tweet perbandingan harga susu di Australia dan Malaysia bagi menunjukkan tekanan hidup yang dialami oleh rakyat Malaysia.

Perbandingan ini tidak adil kerana Australia mengeluarkan 9 bilion liter susu berbanding 80 juta liter oleh Malaysia.

Hahaha

       

7. Salah satu model terbesar Pakatan Harapan adalah GST! GST menaikkan harga barang. Perkara ini hakikatnya hanyalah separuh benar,

Monopoli, matawang susut Turut mengakibatkan harga barang naik bukannya GST saja. GST merupakan salah satu faktor saja dan bukannya faktor dominan.

8. Perkara ini disokong oleh pensyarah UPM, Dr. Yusof Saari yang mengatakan GST akan menurunkan harga barang tetapi disebabkan struktur monopoli pasaran, cukai GST yang baik ini tidak dapat berfungsi sepenuhnya

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/monopoli-pasaran-pemangkin-harga-makanan-naik-pakar-117480

9. Sebenarnya kalau orang ramai ambil masa untuk berfikir panjang sedikit, orang ramai akan tahu bahawa dulu zaman Mahathir dan Pak Lah tak ada GST pun harga barang tetap naik.

Mana ada negara dekat dunia harga barang turun. Cuma dulu gaji naik seiring dengan inflasi

10. Bagi kami, perang persepsi ini adalah sebahagian daripada strategi pilihan raya yang kami terpaksa lakukan.

Walaubagaimanapun, kami amat sedih kerana Pakatan Harapan masih mengamalkan strategi perang persepsi ini meskipun menjadi kerajaan.

           

11. Pendedahan pertama yg Dr. Mahathir lakukan adalah dengan menyatakan hutang negara berjumlah RM1 trilion. Kami tahu angka ini tidak tepat & kami kecam tindakan ini dan mengatakan ia sebagai perang persepsi.

Liabiliti sebenarnya RM1 trilion bukannya hutang negara RM1 trilion

12. Kenapa Dr. Mahathir masih menjaja hutang negara RM1 trilion ini?

Ini kerana Dr. M tahu bahawa byk janji manifesto PH tidak dapat ditunaikan. Oleh itu, k’jaan terpaksa mencari 1 sebab utk menjustifikasikan tindakan mrk dgn menyalahkan BN utk menangguhkan janji2 mrk itu.

13. Sebagai contoh, perancangan utk kecualikan pembayaran PTPTN utk mrk bergaji RM4000 telah ditangguhkan kerana katanya hutang negara tinggi.

YBM Anthony Loke juga mengatakan bahawa kad pengangkutan RM100 unlimited perlu diperhalusi lagi krn memberi tekanan kewangan kpd negara

                 

14. Ada pula yang kata dulu Dr Mahathir tidak tahu yang kerajaan Barisan Nasional telah tinggalkan hutang yang banyak.

Lihat kembali kepada tweet nombor 3, Dr Mahathir sendiri kata hutang negara RM1 trilion. So, dia tahu kedudukan kewangan negara tetapi masih nak berjanji

15. Untuk MENUNJUKKAN RAKYAT MENYOKONG kerajaan Pakatan Harapan dan MEMPERBESARKAN ISU HUTANG NEGARA, mereka mewujudkan Tabung Harapan Malaysia.

Perkara ini sebenarnya tidak membantu k’jaan membayar hutang negara sangat pun. Ada org syok utk banding dengan Korea Selatan

16. Harus diingatkan, bahawa tindakan crowdfunding ini sebahagian strategi perang persepsi Pakatan Harapan yg sudah lama digunapakai.

Dulu, Lim Guan Eng bayar ikat jamin pun pakai crowdfunding

Begitu juga Rafizi Ramli dengan kes NFCnya

       

17. Meskipun kami juga pernah mengamalkan strategi perang persepsi ini dahulu utk membantu kemenangan PH, kami berharap pemimpin Pakatan Harapan bertaubat dan tidak lagi menggunakan taktik ini kerana mereka sudahpun menjadi kerajaan.

18. Kepada penyokong PH dan orang ramai… Janganlah jadi taksub sepertimana yang dilakukan oleh penyokong-penyokong BN dahulu.
Yang benar katakan benar, yang salah katakan salah.

Dan kpd parti politik, janganlah buat berjanji bulan & bintang dlm Pilihanraya akan datang.

Sumber: The Duke of KL

Comments

Comments