
مشوارت مجليس ڤريسيدن: ءمريك چيڤتا بريتا ڤلسو اونتوق ليندوڠي ءواتق جاهتء سبنرء
Nartif yang giat dimainkan oleh portal berita pro-DAP berhubung mesyuarat Majlis Preisden Pakatan Harapan malam Jumaat sebahagian besarnya penipuan belaka.
Berdasarkan bukti yang dipersembahkan, naratif berkenaan berkemungkinan besar direkacipta oleh kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP untuk menimbulkan keraguan terhadap individu-individu tertentu daripada AMANAH dan PKR yang bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Idea yang cuba ditonjolkan oleh pihak tertentu bahawa presiden AMANAH, Mohamad Sabu, merupakan watak ‘penjahat utama’ dalam mesyuarat Jumaat adalah pembohongan belaka.
TTF dimaklumkan bahawa Mohamad tidak pernah mengeluarkan sebarang kata sepertimana ianya dilaporkan oleh pihak media, khususnya, portal pro-DAP.
PETALING JAYA: Nartif yang giat dimainkan oleh portal berita pro-DAP berhubung mesyuarat Majlis Preisden Pakatan Harapan malam Jumaat sebahagian besarnya penipuan belaka.
Sumber yang mendedahkan perkara ini (Alif, bukan nama sebenar) menyajikan TTF dengan bukti yang cukup lengkap yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Berdasarkan bukti ini, naratif berkenaan berkemungkinan besar direkacipta oleh kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP untuk menimbulkan keraguan terhadap individu-individu tertentu daripada AMANAH dan PKR yang bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Memang terdapat seorang watak yang merupakan ‘penjahat utama’ dalam mesyuarat, dan dia bukanlah orang yang dicadangkan (pihak media). Mereka cuba lindungi watak jahat sebenar.
“Naratif yang dimainkan lebih kepada langkah ‘menjaga air muka’ memandangkan Anwar betul-betul terasa malu semasa sidang media apabila Mahathir (seolah-olah) memperlekehnya.
“Mahathir jelas mempamirkan bahawa beliaulah bos, dan (kem) Anwar tidak dapat menerima perkara ini,” Alif berkata.
TTF turut ditunjukkan bukti ‘skrip’ yang seakan-akan sama dengan naratif yang dimainkan portal berita pro-DAP, di mana skrip ini mula-mula muncul 10.45 malam Jumaat, 15 minit sebelum sidang media dijankakan akan berlaku.
Walaubagaimanapun, ‘draf pertama’ itu diturnkan lebih kurang 10 minit selepas dimuat naik sebelum ianya muncul semula di sekitar pukul 4 pagi menerusi posting Facebook dengan beberapa pembetulan di sana sini.
Idea yang cuba ditonjolkan oleh pihak tertentu bahawa presiden AMANAH, Mohamad Sabu, merupakan watak ‘penjahat utama’ dalam mesyuarat Jumaat adalah pembohongan belaka.
TTF dimaklumkan bahawa Mohamad tidak pernah mengeluarkan sebarang kata sepertimana ianya dilaporkan oleh pihak media, khususnya, portal pro-DAP.
Menurut Alif, sebab sebenar Mahathir diberikan kuasa penuh untuk memutuskan apa sahaja menurut budi bicaranya tiada kaitan dengan ‘ugutan’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk keluar daripada Pakatan Harapan.
“Perkara ini sebenarnya diputar belit. Sesiapa sahaja yang waras yang menonton sidang media (Mahathir) boleh lihat dengan jelas beliau sememangnya menguasai keadaan.
“Saya tak nak komen berkenaan ‘ugutan Bersatu meninggalkan PH’, tapi ianya tiada kaitan dengan kegagalan (PH) menetapkan tarikh peralihan kuasa.
“Pokoknya, orang-orang yang dipertanggungjawabkan oleh Anwar untuk menekan Mahathir berhubung tarikh peralihan kuasa gagal melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan masuk mesyuarat dengan niat mempermainkan Anwar.
“Perkara lain (yang disebut-sebutkan oleh portal berita) kesemuanya ‘tokok tambah’. Noktah.”
TTF difahamkan bahawa ‘perang lidah’ yang kononnya berlaku ketika mesyuarat berlangsung turut diputar-belit dan lebih berupa ‘drama’ memandangkan majoriti yang hadir dari awal bersetuju Mahathir diberi kuasa penuh.
“Sudah pasti mereka yang pro-Mahathir dari AMANAH dan PKR akan melontarkan cadangan di sana sini bagi memuaskan hati ‘bos-bos’ mereka.
“Logiknya, jika Anwar benar-benar memiliki sokongan majoriti sepertimana yang didakwa orang-orangnya, beliau sendiri pasti akan minta Bersatu untuk ‘berambus’.
“Tetapi lain pula yang terjadi,” katanya.
THE THIRD FORCE
