Mesyuarat Majlis Presiden: Tamparan kencang Mahathir terhadap Anwar

“Saya akan mengadakan satu sidang media live 10 malam ini (Sabtu, 22hb Febuari 2020) menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK TERUS DI SINI) di mana saya akan membuat analisis mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi dan bercerita sedikit berkenaan kenyataan Tommy Thomas berhubung kes tertuduh LTTE”

Raggie Jessy Rithaudeen

مشوارت مجليس ڤريسيدن: تمڤرن كنچڠ محضير ترهادڤ انور

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memasuki mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dengan jangkaan ahli-ahli majlis yang berjanji kepadanya untuk melontarkan dan (atau) menyokong usul penetapan tarikh pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap benar.




Malangnya, mata Anwar begitu dikaburi dengan penipuan puaknya sendiri sehingga beliau tidak nampak bagaimana majoriti pemimpin Pakatan Harapan yang turut merupakan ahli-ahli parlimen sudah tidak inginkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Dengan berbekalkan keyakinan palsu dan persepsi hina serta rancu yang bertentangan dengan akal, Anwar bertindak mewar-warkan salah satu agenda mesyuarat Majlis Presiden yang kononnya adalah untuk memuktamadkan isu peralihan kuasa Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau keluar daripada mesyuarat berkenaan dalam keadaan paling memalukan dan hina apabila terpaksa duduk di sebelah Mahathir dalam sidang media sambil mengangguk-angguk apabila Mahathir mengumumkan bahawa Majlis Presiden bersetuju sebulat suara untuk menurut sahaja segala kehendaknya.

Tiga ayat ini yang diucapkan oleh Mahathir sudah memadai untuk membayangkan betapa berkuasanya beliau pada ketika ini:

“Akhirnya…dan ini saya berasa bangga…akhirnya semua diserah kepada saya..

“Apa yang saya kata, mereka akan turut…dan saya kata, peralihan akan berlaku lepas APEC, no time, no date, no nothing!

“Terpulang kepada saya, samada saya nak lepas atau tak lepas…”

Loading...

Ini sejajar dengan apa yang telah saya katakan selama ini, iaitu Mahathir tidak pernah berjanji untuk berundur pada satu tarikh, bulan ataupun tahun yang spesifik.

Sebabnya, apabila beliau mendakwa akan meletakkan jawatan “selepas sidang kemuncak APEC,” ianya bermaksud beliau boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa, samada pada penghujung bulan November atau antara bulan Disember tahun ini dan sebelum Parlimen ke-14 dibubarkan.

Perkara ini sebenarnya diketahui oleh Anwar sendiri.

Walaubagaimanapun, beliau tetap berdegil ingin timbulkan persepsi seolah-olah beliau memiliki sokongan majoriti ahli parlimen dan boleh ‘mengarahkan’ Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk mengusir Mahathir pada bila-bila masa.

Untuk tujuan tersebut, beliau mengarahkan kumpulan-kumpulan penyokongnya, termasuk Otai Reformasi, untuk memberi tekanan pada dirinya sendiri agar beliau mengusulkan tarikh spesifik pengunduran Mahathir.

Kesemua ini bertujuan untuk meyakinkan ahli-ahli Majlis Presiden, khususnya mereka dari AMANAH dan DAP, bahawa Mahathir tidak memiliki sokongan majoriti ahli parlimen agar mereka sendiri memberanikan diri melontarkan usul penetapan tarikh peralihan kuasa.

Ianya turut merupakan ‘backup plan’ untuk menyelamatkan air muka Anwar seandainya tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Majlis Presiden yang berani melontarkan usul berkenaan.

Dengan ‘backup plan’ ini, Anwar berharap untuk keluar daripada mesyuarat Majlis Presiden dan memberitahu kepada pihak media bahawa beliau “bersetuju untuk membenarkan Mahathir terajui kerajaan sehingga selepas sidang kemuncak APEC.”

Tetapi sebaliknya yang berlaku.

Sebaik sahaja Mahathir keluar daripada mesyuarat berkenaan, beliau terus membongkarkan kepada pihak media menerusi tiga ayat di atas siapa sebenarnya berkuasa dan siapa yang menipu kononnya dia berkuasa.

Ayat-ayat Mahathir memberikan satu tamparan yang cukup hebat terhadap Anwar, sekaligus membuktikan betapa hebatnya perang persepsi yang dimainkan oleh Anwar dan agen-agen beliau daripada dalam dan luar UMNO hinggakan para penyokongnya tertipu selama ini.

Hakikatnya, Mahathir baru-baru ini sudahpun memperolehi sokongan majoriti dua per tiga ahli parlimen, termasuklah sokongan dari hampir kesemua ahli parlimen UMNO dan sebilangan besar dari Sabah dan Sarawak.

Perkara ini tidak diketahui oleh Anwar, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Walaubagaimanapun, mereka disyaki sudah tahu Mahathir memiliki sokongan antara 132 hingga 139 ahli parlimen tetapi tidak menjangkakan majoriti pemimpin Sabah dan Sarawak akan bersamanya.

Sebelum ini, saya telah berulang kali jelaskan bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak memiliki sebarang kuasa – samada secara langsung ataupun tidak langsung – untuk menentukan siapa yang layak jadi Perdana Menteri (rujuk artikel di bawah untuk penjelasan penuh).

Anwar lupa, Mahathir menang atas tiket PKR, bukan PPBM

Saya turut menjelaskan sebab sebenar Anwar tidak mempunyai pilihan selain daripada mengusulkan tarikh peralihan kuasa jika beliau benar-benar inginkan ahli-ahli parlimen yakin bahawa Mahathr tidak memiliki sokongan majorti.

Ini kerana, sekiranya Anwar hanya sekadar main “tukang angguk” dan bersetuju dengan rancangan Mahathir untuk melepaskan jawatan selepas sidang APEC, ianya serupa dengan Anwar memberitahu Mahathir, “engkau boleh terus jadi Perdana Menteri, kami akan ikut sahaja segala apa yang engkau cakap.”

Dan inilah yang terjadi.

Apapun, saya akan mengadakan satu sidang media live 10 malam ini (Sabtu, 22hb Febuari 2020) menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK TERUS DI SINI) di mana saya akan membuat analisis mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi dan bercerita sedikit berkenaan kenyataan Tommy Thomas berhubung kes tertuduh LTTE.

Sidang media penuh selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...