Mesyuarat MKT: UMNO pecat tiga ahli – seorang ketua bahagian, dua ketua wanita bahagian

Tiga orang dipecat – dua ketua wanita bahagian, satu ketua bahagian. Sumber (gambar): Fail TTF

مشوارت مقت: امنو ڤچت تيڬ اهلي – سأورڠ كتوا بهاڬين، دوا كتوا وانيتا بهاڬين

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk memecat tiga ahlinya, seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.

Perkara itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Ahmad Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn di sini, selepas mesyuarat tersebut selesai.

Menurutnya, antara punca utama mereka dipecat ialah kerana mencemuh parti dan juga berkempen untuk parti lain ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Begitupun, beliau tidak mendedahkan sebarang nama atau bahagian tiga ahli yang dipecat itu.


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk memecat tiga ahlinya, seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.

Perkara itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Ahmad Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn di sini, selepas mesyuarat tersebut selesai.




“Ada beberapa keputusan telah dibuat dan saya rasa akan ada sidang media untuk memaklumkan siapa dipecat.

“Mereka dipecat daripada ahli UMNO… mereka bukan ahli MKT… ada yang ketua bahagian.

“Tiga orang dipecat. Dua ketua wanita bahagian, satu ketua bahagian,” katanya ketika ditemui di lobi Menara Dato’ Onn.

Menurutnya, antara punca utama mereka dipecat ialah kerana mencemuh parti dan juga berkempen untuk parti lain ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Begitupun, beliau tidak mendedahkan sebarang nama atau bahagian tiga ahli yang dipecat itu.

“Presiden agak tegas dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang suka burukkan parti, termasuk bocorkan rahsia MKT,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan mesyuarat pada malam ini turut membincangkan isu dana RM600 bilion melibatkan kerajaan terdahulu.

Loading...

“Ada bincang isu RM600 bilion. Itu kita serah kepada Perdana Menteri untuk meneruskan siasatan.

“Kita yakin ia perlu disiasat supaya tiada pihak (seleweng)… mereka katakan bersih tapi sebenarnya banyak perkara rakyat tidak tahu berlaku

“Harap siasatan ini dibuat secara terperinci dan menyeluruh,” ujarnya.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...