Mesyuarat pertama Muafakat Nasional Johor semalam tidak bincang agihan kerusi

24 Ahli Jawatankuasa Pemantau membabitkan kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS menghadiri mesyuarat semalam. Sumber (gambar): Fail TTF 

مشوارت ڤرتام موافقة ناسيونل جوهر سمالم تيدق بينچڠ اڬيهن كروسي

Soal pengagihan kerusi tidak dibincangkan pada mesyuarat pertama Muafakat Nasional (MN) Johor yang diadakan, di sini, semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata sebaliknya perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama akar umbi antara parti itu dengan PAS.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali; dan Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ditanya sama ada MN bersedia jika pilihan raya mengejut diadakan di negeri ini pula, beliau berkata, perkara itu akan diumumkan apabila ia berlaku nanti.


ISKANDAR PUTERI: Soal pengagihan kerusi tidak dibincangkan pada mesyuarat pertama Muafakat Nasional (MN) Johor yang diadakan, di sini, semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata sebaliknya perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama akar umbi antara parti itu dengan PAS.




“Buat masa ini, tiada arahan untuk membincangkan soal pengagihan kerusi dengan tumpuan diberi kepada usaha memperkukuhkan MN di Johor.

“Kerangka Piagam MN pada peringkat nasional sudah dibentuk membabitkan Jawatankuasa Perundingan, Teknikal dan Sekretariat Bersama.

“Kita di negeri harus selari dengan keputusan dibuat pada peringkat nasional,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali; dan Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, 24 Ahli Jawatankuasa Pemantau membabitkan kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS menghadiri mesyuarat berkenaan yang juga akan diadakan setiap bulan.

“Tujuan mesyuarat MN ialah untuk Jawatankuasa Pemantau membincangkan program bersama, termasuk di bahagian serta cawangan, selain menyelesaikan perkara berbangkit pada peringkat negeri.

“Jawatankuasa Pelaksana pada peringkat bahagian dan cawangan pula akan melaksanakannya,” katanya.

Loading...

Ditanya sama ada MN bersedia jika pilihan raya mengejut diadakan di negeri ini pula, beliau berkata, perkara itu akan diumumkan apabila ia berlaku nanti.

Sementara itu, Abdullah berkata, PAS akan terus memberi komitmen padu dalam memperkukuhkan MN Johor.

“Ia amat penting bagi memastikan kelangsungan MN Johor terus kekal dan utuh,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...