Mesyuarat Tertinggi UMNO di luar Kuala Lumpur dibatalkan, dapat reaksi negatif

Dipercayai mesyuarat UMNO bagi membincangkan hala tuju baharu parti terutama kedudukannya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Source (pic): TTF Files

مشوارت ترتيڠڬي امنو د لوار كوالا لومڤور دبطلكن، داڤت رياكسي نيڬاتيف

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijangka diadakan di Pahang esok mendapat reaksi negatif daripada akar umbi.

Menurut seorang pemimpin muda UMNO yang enggan dinamakan, parti itu perlu mengadakan mesyuarat di ibu pejabat parti yang terletak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada 16 Oktober lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan mesyuarat berkenaan akan diadakan secara bersemuka di Pahang esok.

Ahmad Maslan berkata, Pahang dipilih bagi mesyuarat berkenaan berikutan lokasi di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

TTF: Terkini, mesyuarat esok dibatalkan atas alaban pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


SHAH ALAM: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijangka diadakan di Pahang esok mendapat reaksi negatif daripada akar umbi.

Menurut seorang pemimpin muda UMNO yang enggan dinamakan, parti itu perlu mengadakan mesyuarat di ibu pejabat parti yang terletak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).




“Tindakan mengadakan mesyuarat penting UMNO sepatutnya dibuat di ibu pejabat parti. Keputusan mengadakan mesyuarat di negeri memberi mesej yang tidak baik kepada parti.

“UMNO merupakan sebuah parti nasional yang penting kepada agama, bangsa dan negara.

“Setiap keputusan penting datang daripada perbincangan Ahli Majlis Tertinggi dan dibuat di PWTC selama bertahun-tahun lamanya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Pada 16 Oktober lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan mesyuarat berkenaan akan diadakan secara bersemuka di Pahang esok.

Ahmad Maslan berkata, Pahang dipilih bagi mesyuarat berkenaan berikutan lokasi di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dipercayai mesyuarat itu bagi membincangkan hala tuju baharu parti terutama kedudukannya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia berlaku selepas terdapat perbezaan pandangan dalam parti selain tidak gembira dengan beberapa keputusan dan tindakan yang dilihat tidak memberi kelebihan kepada UMNO.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...