Mindef Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan Penyebaran Maklumat Sulit Kerajaan

Sumber (gambar): MMO

(FMT): Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat menyebarkan maklumat sulit kerajaan, susulan penularan maklumat mengenai perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kementerian berkata, tindakan boleh diambil di Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Angkatan Tentera 1972 atau Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Kementerian turut memberi peringatan bahawa sebaran maklumat sulit atau dalaman secara terbuka boleh mengundang ancaman kepada keselamatan maklumat serta kedaulatan negara.

Tambahnya, tindakan termasuk menularkan senarai nama pegawai kanan ATM adalah satu bentuk salah laku yang jelas mencabar kredibiliti sistem pengurusan pertahanan negara.


PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat menyebarkan maklumat sulit kerajaan, susulan penularan maklumat mengenai perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kementerian berkata, tindakan boleh diambil di Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Angkatan Tentera 1972 atau Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.




Kementerian turut memberi peringatan bahawa sebaran maklumat sulit atau dalaman secara terbuka boleh mengundang ancaman kepada keselamatan maklumat serta kedaulatan negara.

Tambahnya, tindakan termasuk menularkan senarai nama pegawai kanan ATM adalah satu bentuk salah laku yang jelas mencabar kredibiliti sistem pengurusan pertahanan negara.

“Tindakan mendahului proses rasmi itu bukan sahaja membuka ruang kepada persepsi negatif, tetapi juga boleh menjejaskan moral pegawai serta mengganggu gugat rantaian pemerintahan dalam ATM.

“Perlu dijelaskan bahawa sebarang ketetapan perjawatan dan kenaikan pangkat pegawai ATM adalah tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaku Pemerintah Tertinggi ATM atas nasihat Majlis Angkatan Tentera (MAT).

“Justeru, sebarang hebahan pramatang dianggap sebagai satu bentuk ketidakhormatan kepada institusi diraja dan hierarki kepimpinan ATM,” kata kementerian dalam kenyataan.

Sehubungan itu, kementerian menasihatkan pihak terlibat agar menghentikan serta-merta sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan, mencemarkan imej ATM serta mengelirukan masyarakat.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...