Misi Cantas Muhyiddin Untuk ‘Majukan’ Pejuang Sebagai Komponen Penting Pembangkang Sebelum PRU16?

Raggie Jessy Rithaudeen

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah ikhlas bekerjasama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada saya, Muhyiddin terdesak sebab ditolak majoriti dalam Bersatu dan PAS, dan diisebabkan itu, beliau tiba-tiba teringat Mahathir dan sanggup duduk semeja dengan Mahathir untuk majukan agenda “payung besar.”




Dengan itu, persepsi ditimbulkan bahawa Mahathir, merangkap penasihat SG4, menyokong inisiatif “payung besar” ini.

Dengan adanya “payung besar,” dan dengan menjemput seribu satu ngo dan parti nyamuk untuk bersama, Muhyiddin mahu dirinya dilihat sebagai ‘relevan’ supaya PAS tertekan untuk  terus menerimanya sebagai Pengerusi PN dan calon PM.

Mahathir pula berdamping dengan Muhyiddin pada awlanya untuk merealisasikan objektif penubuhan “payung besar” menggunakan platform Perikatan Nasional (PN), supaya Pejuang dapat bersama dalam kapasiti penting dan Mahathir sendiri kembali ‘relevan’.

Kemudian, mulalah strategi mencantas Muhyiddin, dan ini barangkali menjelaskan ‘serangan’ Mahathir terhadap Muhyiddin baru-baru ini, di mana Muhyiddin dituduh mencuri wang Bersatu dan menyimpan wang itu di rumahnya.

Selepas itu, samada Hamzah atau Mahathir – atau kedua-duanya – akan mengepalai payung besar, dengan Pejuang memainkan peranan penting.

Itu sahaja jalan ceritanya setakat yang saya lihat…tak salah, inilah yang dinamakan realpolitik.

Masalahnya, di persekitaran pembangkang, “it’s all about kuasa dan kedudukan,” dan juga misi tebuk atap yang kerap kali dipacu roda-roda fitnah untuk burukkan kerajaan, bukannya melaksanakan fungsi semak dan imbang demi kesejahteraan rakyat.

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...