Misi guling kerajaan Sabah gagal, orang kuat Zahid dipindah ke blok pembangkang

Walaupun masih belum ada pengumuman rasmi daripada Hajiji, penyusunan semula kerusi Bung Moktar memberi bayangan bahawa dia akan dipecat daripada menjadi timbalan ketua menteri. Sumber (gambar): Fail TTF

ميسي ڬوليڠ كراجأن سابه ڬاڬل، اورڠ كوات زاهيد دڤينده ك بلوك ڤمبڠكڠ

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Orang kuat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan telah dipindahkan ke blok pembangkang pada persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Selain Bung, tempat duduk beberapa ADUN Sabah turut berubah susulan kegagalan percubaan Bung dan ADUN-ADUN berkenaan untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

Realitinya, selepas Pilihan Raya Umum ke-15, Hajiji terperdaya untuk meninggalkan Bersatu atas keyakinan palsu kononnya Bung Moktar dan UMNO akan kekal setia terhadap kerajaan Sabah di bawah kepimpinannya.

Namun, sebaik sahaja Hajiji dan empat ahli parlimen dari Sabah meninggalkan Bersatu, Bung Moktar memulakan perancangan untuk menggulingkan Hajiji, dan perancangan ini nampaknya tidak dihalang oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ini termasuk kerusi ADUN BN yang sebelum ini menyandang jawatan menteri dalam kabinet negeri, iaitu Adun Karambunai, Yakub Khan dan Adun Sukau, Jafry Ariffin.

Bagaimanapun, kedudukan tempat duduk lima Adun BN Sabah yang secara terbuka menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Hajiji kekal tidak berubah.

Walaupun masih belum ada pengumuman rasmi daripada Hajiji, penyusunan semula kerusi Bung Moktar memberi bayangan bahawa dia akan dipecat daripada menjadi timbalan ketua menteri.

Awal pagi ini, TTF menulis (KLIK DI SINI UNTUK PENDEDAHAN PENUH):

Dakwaan kononnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor memungkiri janji hanya alasan untuk menghalalkan percubaan gulingkan kerajaan negeri oleh kumpulan yang diketuai oleh Datuk Seri Bung Moktar.

Realitinya, selepas Pilihan Raya Umum ke-15, Hajiji terperdaya untuk meninggalkan Bersatu atas keyakinan palsu kononnya Bung Moktar dan UMNO akan kekal setia terhadap kerajaan Sabah di bawah kepimpinannya.

Namun, sebaik sahaja Hajiji dan empat ahli parlimen dari Sabah meninggalkan Bersatu, Bung Moktar memulakan perancangan untuk menggulingkan Hajiji, dan perancangan ini nampaknya tidak dihalang oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Loading...

Menurut sumber, UMNO di bawah kepimpinan Zahid ingin menguasai kerajaan negeri Sabah sebagai persiapan kepada empat pilihan raya kecil yang mungkin diadakan.

Pilihan raya kecil ini akan tercetus sekiranya empat ahli parlimen yang meninggalkan Bersatu diarah untuk mengosongkan kerusi oleh Speaker Dewan Rakyat.

Barisan Nasional sukar memenangi kerusi-kerusi berkenaan, namun, dengan penguasaan jentera pentadbiran negeri di Sabah, kebarangkalian untuk menang mampu ditingkatkan sedikit.

Apa pun, kerajaan kini di bawah kawalan Anwar, dan saya difahamkan bahawa Anwar tidak akan mencampuri urusan Speaker Dewan Rakyat berhubung status kerusi keempati-empat ahli parlimen terbabit.

Saya juga difahamkan bahawa hubungan Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim agak renggang pada ketika ini, dan mengesyaki bahawa isu Sabah sedikit sebanyak merenggangkan lagi hubungan mereka.

Menurut sumber, Anwar tidak ingin membantu Zahid dan tidak mempertahankan Zahid dalam banyak perkara, termasuk keputusan Zahid untuk menaikkan semula Ahmad Jazlan sebagai pengerusi FELCRA.

Ini telah mencalar imej Zahid dikalangan penyokong beliau dalam UMNO, khususnya dalam MKT, dan ramai tertanya-tanya apakah Zahid sekadar Timbalan Perdana Menteri atas kertas.

Anwar juga sudah mengumumkan secara terbuka bahawa beliau tidak akan mencampuri sebarang urusan melibatkan kes-kes mahkamah yang sedang berjalan.

THE THIRD FORCE

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...