UNTUK PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Dolar Amerika kini berada di ambang kemusnahan, dan Amerika Syarikat khuatir tindakan China, Rusia dan sekutu menjarakkan diri daripada matawang itu akan menjurus kepada kejatuhan AS sebagai kuasa ekonomi dunia dan kemunculan China sebagai kuasa baharu.
AS bimbang proses ini akan dipercepatkan menerusi inisiatif “Belt and Road” China, merangkumi 155 negara yang bersetuju untuk mewujudkan satu jaringan infrastruktur global untuk “memantapkan dan meningkatkan capaian komunikasi dan perdagangan serantau ke arah masa depan yang lebih cerah.”
Disebabkan itu, AS merangka satu koridor ekonomi melibatkan projek rel dan perkapalan multinasional bagi meaghubungkan India, Timur Tengah dan Eropah dengan niat “meningkatkan pembangunan dan integrasi ekonomi antara Asia, Teluk Parsi dan Eropah.”
Jaringan ini adalah untuk bersaing dengan China dan dipersetujui oleh India, Arab Saudi, Perancis, Jerman, Itali dan Kesatuan Eropah 10 September lalu pada persidangan G20 di New Delhi, India.
Namun, tidak ada sesiapa jangka Hamas akan melancarkan satu serangan dasyat terhadap beberapa lokasi ketenteraan di Israel pada bulan berikutnya, setelah penduduk Gaza dizalimi dan diperlakukan dengan cara yang cukup hina untuk berdekad lamanya.
Adalah disyaki bahawa Hamas memilih bulan Oktober untuk melancarkan serangan setelah mendapat maklum bahawa Israel dan AS telah lama merancang untuk menghalau semua penduduk Gaza ke Turki dan mengisytiharkan Gaza sebagai wilayah Israel yang sah.
Malangnya, Israel menggunakan serangan Hamas sebagai ‘alasan’ untuk melakukan pembersihan etnik menyeluruh di Gaza, menerusi pengeboman pusat ketenteraan, hospital, ambulan, kediaman awam (tidak berkait ketenteraan), kawasan perniagaan dan rumah ibadat, antara lain.
Selagi konflik Israel-Palestin tidak berakhir di wilayah gaza, selagi itulah jaringan ekonomi yang dirancang oleh AS dan Israel tidak akan menjadi kenyataan atas faktor keselamatan.
Untuk menghalalkan serangan dasyat Israel ke atas Gaza, AS….
UNTUK PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
