Misi Sebenar Adalah Untuk Cantas Muhyiddin Dan Majukan Tun M sebagai Pengerusi PN dan Pejuang Sebagai Komponen Penting PN Sebelum PRU16?

Raggie Jessy Rithaudeen

Tidak lama dulu, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa menuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin mencuri duit Bersatu dan simpan di rumahnya, saya menulis (di Facebook):

Muhyiddin terdesak sebab ditolak majoriti dalam Bersatu dan PAS, jadi dia tiba-tiba teringat Tun Mahathir dan sanggup duduk semeja dengan Mahathir untuk majukan agenda “payung besar,” kononnya Mahathir sokong…




Jadi, dengan adanya payung besar, dan dengan menjemput seribu satu ngo dan parti nyamuk untuk bersama, Muhyiddin nak dirinya dilihat sebagai ‘relevan’ supaya PAS tertekan untuk  terus menerimanya sebagai Pengerusi PN dan calon PM…

Mahathir pula berdamping dengan Muhyiddin pada awlanya untuk merealisasikan objektif penubuhan payung besar menggunakan platform PN, supaya Pejuang dapat bersama dalam kapasiti penting dan Mahathir sendiri kembali ‘relevan’.

Kemudian, mulalah strategi mencantas Muhyiddin, dan selepas itu, samada Hamzah atau Mahathir – atau kedua-duanya – akan mengepalai payung besar, dengan Pejuang memainkan peranan penting.

Itu je jalan ceritanya, setakat yang saya lihat…tak salah, inilah yang dinamakan realpolitik. 

Masalahnya, di persekitaran pembangkang, “it’s all about kuasa dan kedudukan,” dan juga misi tebuk atap yang kerap kali dipacu roda-roda fitnah untuk burukkan kerajaan, bukannya melaksanakan fungsi semak dan imbang demi kesejahteraan rakyat.

Penulisan ini harus dibaca bersama satu lagi terbitan bertarikh 23 Disember 2025, di mana saya menulis:

1. UMNO di bawah Najib tewas pada PRU14, dan itu adalah fakta.

Loading...

2. Najib bertanggungjawab terhadap kekalahan ini dan meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan Pengerusi BN, dan itu juga merupakan fakta. 

3.  Zahid tidak boleh dipersalahkan atas kekalahan Umno, kerana kekalahan Umno berkait rapat dengan Najib, skandal 1MDB dan SRC, bukannya Zahid.

4. Tun Mahathir merupakan watak utama yang lantang menentang Najib, di mana Mahathir telah cap Najib sebagai pencuri yang perlu digulingkan.

5. Jadi, kekalahan Umno di bawah kepimpinan Najib berkait secara lansung dengan Mahathir, dan ini juga merupakan fakta. 

6. Kemudian, selepas PRU14, Mahathir bukan hanya mencadangkan kepada Zahid agar Umno dibubarkan, beliau turut menerima masuk ramai pemimpin Umno ke dalam Bersatu, termasuk Hamzah Zainudin dan Rais Yatim.

7. Namun Mahathir tidak mahu menerima Zahid, kerana beliau meletakkan syarat bahawa Zahid dan pemimpin Umno yang berdepan kes Mahkamah, termasuk Tengku Adnan (pada ketika itu), perlu membersihkan nama mereka terlebih dahulu.

8. Saya menghormati prinsip perjuangan ini dan mula merapati perjuangan Mahathir agar saya boleh belajar daripada persekitaran beliau, sejajar dengan prinsip perjuangan saya sendiri yang berteraskan “keperluan untuk memperbetulkan landasan perjuangan ke arah kebenaran.”

9. Namun, pada PRK Slim, Mahathir membuat kejutan apabila beliau mendedahkan (di depan Mat Sabu dan Anthony Loke, yang turut hadir) bahawa Muhyiddin terlibat dengan salah laku di Johor, menyebabkan Mahathir terpaksa menariknya ke pusat ketika Mahathir bergelar PM kali pertama (1981-2003).

10. Pendedahan ini mengejutkan saya dan menjadikan saya kusut, kerana saya tertanya-tanya, bagaimanakah seorang yang menentang Najib habis-habisan atas dasar “Najib pencuri” boleh menerima Muhyiddin, malah memberi jawatan kabinet kepada Muhyiddin, dalam pada beliau “tahu” Muhyiddin terjebak dengan salah laku?

11. Saya, bagaimanapun, melupakan pendedahan itu kerana sayangkan Mahathir dan ingin bersangka baik.

12. Saya merumuskan bahawa Mahathir “mungkin marah” dengan Muhyiddin sebab bekerjasama dengan Zahid menerusi Langkah Sheraton, dan disebabkan itu, Mahathir “exaggerate” (tokok tambah) sedikit sebanyak babak ‘kesalahan’ Muhyiddin.

13. Saya juga menganggap bahawa Mahathir mungkin tidak bertindak ke atas Muhyiddin sebab tiada bukti kukuh, atau sebab tuduhan terhadap Muhyiddin sekadar “hearsay” (ura-ura). 

14. Namun, baru-baru ini, Mahathir didakwa mendedahkan bahawa Muhyiddin telah mencuri duit Bersatu dan simpan duit itu di rumahnya.

15. Yang pelik, dalam pada Mahathir kononnya mengetahui perkara ini, beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan Muhyiddin untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar atas macam-macam alasan, ada di antaranya mirip alasan yang digunakan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Najib.

16. Maknanya, Mahathir kini tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan orang yang didakwanya ‘pencuri’ dan sedang berdepan kes rasuah di Mahkamah (yakni Muhyiddin), kononnya untuk ‘selamatkan Malaysia.’

17. Tapi Mahathir yang sama tetap menolak Zahid, walaupun Zahid kini sudah dilepaskan oleh Mahkamah dan tidak berdepan kes.

18. Ini membuatkan saya tertanya-tanya apakah motif sebenar perjuangan Mahathir untuk menumbangkan Umno pimpinan Najib sebelum PRU14, di mana pada ketika itu, alasan Mahathir ialah ‘mahu selamatkan Malaysia.’ 

19. Adakah ianya benar-benar untuk ‘selamatkan Malaysia’, atau adakah ianya semata-mata untuk ubah kepimpinan kerajaan kepada kepimpinan yang mengikut sepenuhnya rentak dan kehendak Mahathir, ataupun mungkin untuk naikkan anak Mahathir sebagai PM?

20. Adakah itu sebabnya Mahathir menasihati Zahid untuk bubarkan Umno dan sengaja tidak mahu menerima Zahid, dalam pada Mahathir sanggup bekerjasama dengan seorang yang beliau sendiri dakwa adalah ‘pencuri’ dan terlibat dengan salah laku dari dulu lagi?

21. Malah, Mahathir sanggup merestui penubuhan Bersatu untuk ‘ganti’ Umno (sebelum PRU14) dan meletakkan orang yang terlibat dengan salah laku itu sebagai presiden, sedangkan Bersatu ditubuhkan untuk menumbangkan Umno di bawah pimpinan seorang lagi yang Mahathir turut dakwa merupakan ‘pencuri’ dan terlibat dengan salah laku.

22. Masuk akal?

23. Saya dah mula sangsi terhadap prinsip perjuangan Mahathir, dan walaupun saya masih ada rasa hormat sedikit terhadap beliau atas sebab-sebab tertentu, ianya semakin pudar.

24. Saya juga memerhati persekitaran Mahathir dan ragu-ragu dengan cara beliau berdamping dengan individu-individu tertentu yang terjebak samada dengan salah laku atau gejala fitnah.

24. Mahathir seolah-olah merestui perjuangan individu-individu berkenaan, dan ini memambahkan lagi syak saya, bahawa beliau tiada masalah untuk bekerjasama dengan orang yang mencurigakan atau orang yang terjebak dengan salah laku, asalkan orang itu menurut retak dia. 

25. Sebaik sahaja orang itu tidak menurut rentak dia, orang itu diserang atau dicampak ke tepi.

26. Disebabkan semua ini, saya mengesyaki bahawa Mahathir didorong oleh politik kepentingan “kuasa dan kedudukan” dalam misinya untuk cuba menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar, bukannya politik kebenaran.

27. Saya makin yakin bahawa Mahathir mahu menaikkan anaknya sebagai PM, dan selagi impian ini tidak tercapai, mana-mana kerajaan yang dibentuk berpotensi berdepan masalah. 

28. Maka dengan itu, saya setuju perlu adanya reset, dan untuk itu, Najib wajar diberikan pengampunan penuh selepas kes 1MDB diputuskan Jumaat ini.

Sekian

Berdasarkan penulisan ini, pendirian rasmi saya adalah seperti beritkut:

1. Menuju PRU16, saya menganggap diri saya sebagai mesra UMNO kerana muak dengan perjuangan pembangkang yang jauh tersasar dari landasan kebenaran, malah kerap kali bersalut putarbelit, fitnah dan perkauman lampau.

2. Sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin ada kelemahan sedikit di sana sini, rata-ratanya, pencapaian beliau dari sudut daya saing negara, ekonomi dan kewangan jauh lebih baik dari pencapaian mana-mana Perdana Menteri sejak PRU14, termasuk Mahathir sendiri.

3. Segala kelemahan yang berbangkit bukannya kronik sehingga tidak boleh diperbaiki atau diperbetulkan menerusi kritikan membina atau teguran.

4. Dakwaan-dakwaan pembangkang berkaitan URA, isu Kampung Sungai Baru, rombakan kabinet dan perjanjian Amerika-Malaysia (ART) banyak melibatkan putarbelit lampau dan kerap kali bersalut retorik perkauman ekstrimis.

5. Mahathir sendiri terlibat dalam putarbelit perjanjian Amerika-Malaysia (ART) dengan dakwaan palsu kononnya kedaulatan negara tergadai.

6. Kedua-dua Mahathir dan PAS juga gagal menjelaskan secara terperinci bagaimana Melayu-Islam terancam oleh gandingan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di tampuk kepimpinan negara.

7. Atas pertimbangan ini, termasuk juga semua perimbangan menerusi penulisan saya yang terdahulu (di atas), jjika PAS tiba-tiba menaikkan Mahathir sebagai pengerusi PN atau penasihat gabungan itu, saya akan menolak kepimpinan Mahathir secara rasmi dan berkempen menyokong Anwar atas dasar prinsip.

7. Saya menolak sebarang perjuangan yang menjaja “penyatuan Melayu” dan “Selamatkan Malaysia” menerusi landasan fitnah, perkauman dan kepentingan politik peribadi.

Sekian.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...