Misi sebenar Kluster Mahkamah (Bahagian Dua): ‘Suami saya perlu kembali sebagai presiden UMNO’ – Rosmah

“Saya dihubungi secara langsung oleh Rosmah yang meminta saya mendesak Zahid “letak jawatan malam ini juga” kerana inginkan Najib kembali”

Raggie Jessy Rithaudeen

ميسي سبنر قلوستر محكمه ﴿بهاڬين دوا﴾: ءسوامي ساي ڤرلو كمبالي سباڬاي ڤريسيدن امنوء – روسمه

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Nota: Siri ini adalah untuk mendedahkan kepalsuan dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya UMNO terpaksa campur tangan dalam merombak dua kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 demi menyelamatkan negara.

Dalam bahagian partama, saya bercerita berkenaan satu perjumpaan rahsia lima hari yang diuruskan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Jakarta bersama lima ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO dan tiga ahli parlimen dari parti itu (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kumpulan J8”).




Saya mengakhiri bahagian itu dengan menulis:

10. Pada ketika Zahid bertemu dengan Mahathir, beliau baru sahaja kembali dari Jakarta bersama Kumpulan J8 bagi membincangkan cara-cara UMNO boleh kembali ke tampuk kepimpinan negara menerusi pintu belakang.

11. Di Jakarta, Zahid memberikan dua opsyen kepada Kumpulan J8, iaitu:

a. Samada UMNO menyertai Pakatan Harapan bersama PKR, PPBM, DAP dan AMANAH, atau

b. UMNO bekerjasama dengan Anwar untuk menumbangkan Pakatan Harapan.

12. Kumpulan J8 turut diberitahu, seandainya UMNO bersetuju untuk bekerjasama dengan Anwar, DAP dan AMANAH turut akan terlibat.

13. Ini sealigus menjelaskan kenyataan Annuar Musa pada bulan September 2018 bahawa UMNO harus bersikap matang dalam politik dan perlu mempertimbangkan kemungkinan untuk bekerjasama dengan 

Loading...

BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI

Dalam bahagian ini, saya akan meneliti satu usaha sulit melibatkan kem Najib sejak bulan September 2018 lagi untuk mencantas Zahid agar Najib boleh kembali sebagai pengerusi Barisan Nasional.

Ceritanya begini:

14. Setelah Zahid bertemu dengan Mahathir, beliau berhubung dengan Kumpulan J8 bagi menyampaikan hasil pertemuannya itu.

15. Dalam pertemuanya dengan Mahathir, Zahid diberitahu sejelas-jelas mungkin bahawa PPBM tidak boleh dan tidak akan menerima pemimpin-pemimpin UMNO yang bermasalah, khususnya mereka yang menghadapi tuduhan jenayah.

16. Namun, pada tanggapan beberapa ahli Kumpulan J8, Mahathir bersedia menerima UMNO secara en bloc, manakala Najib pula beranggapan bahawa Mahathir lebih cenderung ke arah pembubaran UMNO.

17. Tanggapan-tanggapan berbeza ini mungkin disebabkan perkara-perkara tertentu yang diselindung oleh Zahid atau andaian-andaian yang dibuat oleh pemimpin sendiri.

18. Apa pun, pertemuan Zahid dengan Mahathir menimbulkan sedikit ketegangan antara Najib dan Zahid serta seorang dua pemimpin UMNO yang berpihak kepada Najib.

19. Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, mula khuatir bahawa Zahid akan cuba memasuki perjanjian dengan Mahathir atau Anwar tanpa pengetahuan sesiapa.

20. Atas dasar itulah bermula satu pergerakan sulit untuk cuba memaksa Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional.

22. Tidak lama selepas itu, Zahid dikaitkan dengan pembelian senjata api dari Turki menerusi sebuah syarikat milik anak presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan.

23. Saya tidak pasti samada Najib sendiri terlibat dalam usaha mengaitkan Zahid dengan pembelian ini.

24. Menurut apa yang disampaikan kepada saya, Anwar turut terlibat dalam pembelian ini (saya tidak dapat pastikan dalam kapasiti apa ataupun bila pembelian itu dibuat) bersama seorang VIP yang bernama Dato’ Ishak Ismail, yang dikatakan menjadi perantara dalam rundingan pembelian senjata berikut:

a. pistol

b. ‘sub-machine gun’

c. ‘Rocket launcher’

d. Dron pemantauan

25. Beberapa hari kemudian, saya dihubungi secara langsung oleh Rosmah yang meminta saya mendesak Zahid “letak jawatan malam ini juga” kerana inginkan Najib kembali sebagai presiden UMNO.

26. Saya masih ingat lagi bila Rosmah bertegas kepada saya bahawa suaminya perlu kembali menerajui UMNO dan kerajaan.

27. Tidak lama selepas itu, saya dimaklumkan bahawa seorang pemimpin kanan UMNO telah dikerah untuk berjumpa dengan Zahid dan memintanya untuk letak jawatan.

Bersambung…

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...