“Najib dan Zahid sebenarnya ingin memasuki semula kerajaan menerusi pintu belakang dari awal lagi dan terbuka kepada kemungkinan UMNO bekerjasama dengan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencantas Mahathir biarpun terpaksa bersekongkol dengan DAP dan AMANAH”
Raggie Jessy Rithaudeen
ميسي سبنر قلوستر محكمه ﴿بهاڬين ساتو﴾ – ڤرجومڤأن رهسيا زاهيد حميدي د جاكرتا
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kononnya UMNO terpaksa campur tangan dalam merombak dua kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 demi menyelamatkan negara.
Menurut Zahid, kegagalan kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara selama 22 bulan menyebabkan kerajaan pimpinan gabungan itu akhirnya tumbang sendiri.
Malah, katanya, pentadbiran Muhyiddin Yassin selama 18 bulan juga gagal menjaga kebajikan rakyat yang dihimpit krisis Covid-19 menyebabkan Umno terpaksa campur tangan merombak kerajaan Perikatan Nasional.
Kesemua ini pembohongan belaka.
Di sini saya ingin mengetengahkan beberapa fakta buat tatapan umum dan Zahid sendiri malah mencabar Zahid untuk menafikannya ataupun memulakan tindakan perundangan yang bersesuaian terhadap saya:
1. Selepas Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Umum ke-14, Kluster Mahkamah (atau Team A) cuba meyakinkan PAS untuk mengeratkan lagi kerjasama PAS-UMNO atas alasan perlunya inisiatif yang dimulakan oleh Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dimantapkan lagi demi mempertahankan kepentingan ummah menentang anasir jahat DAP.
2. Tetapi ini hanyalah alasan semata-mata, kerana pada ketika itu, beberapa pemimpin UMNO sememangnya sedang berbincang secara sulit kemungkinan untuk bekerjasama dengan DAP.
3. Ini terbukti apabila Tan Sri Annuar Musa (yang pada ketika itu masih bersekutu dengan Zahid) secara terbuka mengakui perlunya UMNO ‘bersifat matang’ dalam hal ini.
4. Najib dan Zahid sebenarnya ingin memasuki semula kerajaan menerusi pintu belakang dan terbuka kepada kemungkinan UMNO bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencantas Mahathir biarpun terpaksa bersekongkol dengan PKR, DAP dan AMANAH.
5. Kluster Mahkamah melakukan ini tanpa pengetahuan PAS biarpun memujuk pucuk pimpinan parti itu untuk bekerjasama dengan UMNO atas alasan perlunya PAS dan UMNO “mempertahankan kepentingan ummah menentang anasir jahat DAP.”
6. Oleh kerana Zahid masih mempunyai talian persahabatan yang erat bersama orang-orang Anwar, maka bermulalah “Langkah Zahid” untuk cuba berunding dengan semua pihak untuk mencari formula yang mampu membawa UMNO kembali ke tampuk kepimpinan negara.
7. Dalam satu mesyuarat yang berlangsung antara Mahathir dan Zahid di pertengahan bulan September 2018, Mahathir memberitahu Zahid sejelas-jelas yang mungkin bahawa PPBM tidak boleh dan tidak akan menerima mana-mana pemimpin UMNO yang bermasalah, khususnya, mereka yang menghadapi tuduhan jenayah.
7. Zahid turut diberitahu bahawa ahli-ahli UMNO yang diterima masuk ke dalam Pakatan Harapan (PPBM) tidak akan diberi sebarang jawatan dalam kerajaan.
8. Pada ketika itu, Zahid sudah pun memulakan satu siri perbincangan bersama beberapa pemimpin PAS yang tidak dimaklumkan tentang rancangan beliau untuk cuba membawa UMNO masuk ke dalam Pakatan Harapan.
9. Zahid turut tidak memaklumkan kepada kedua-dua Mahathir dan PAS tujuan sebenar satu perjumpaan rahsia lima hari yang beliau uruskan di Jakarta bersama lima ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO dan tiga ahli parlimen dari parti itu (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kumpulan J8”).
10. Pada ketika Zahid bertemu dengan Mahathir, beliau baru sahaja kembali dari Jakarta bersama Kumpulan J8 bagi membincangkan cara-cara UMNO boleh kembali ke tampuk kepimpinan negara menerusi pintu belakang.
11. Di Jakarta, Zahid memberikan dua opsyen kepada Kumpulan J8, iaitu:
a. Samada UMNO menyertai Pakatan Harapan bersama PKR, PPBM, DAP dan AMANAH, atau
b. UMNO bekerjasama dengan Anwar untuk menumbangkan Pakatan Harapan.
12. Kumpulan J8 turut diberitahu, seandainya UMNO bersetuju untuk bekerjasama dengan Anwar, DAP dan AMANAH turut akan terlibat.
13. Ini sealigus menjelaskan kenyataan Annuar Musa pada bulan September 2018 bahawa UMNO harus bersikap matang dalam politik dan perlu mempertimbangkan kemungkinan untuk bekerjasama dengan DAP.
Bersambung esok…
WAJIB BACA:
Muhyiddin, Khaled Nordin berakal labah-labah, di gua buruk suka merakut
