
ممچ-ڬماودا نافي ڤرنه لوبي محضير، دعوا كڽاتأن ڤوا برونسور فتنه
Kenyataan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee, berhubung pelbagai isu di sebalik projek jajaran Transit Aliran Massa (MRT) 2 disifatkan sebagai tidak berasas dan mengandungi tuduhan berunsur fitnah.
Pengarah Urusan Gamuda Engineering, Justin Chin Jing Ho, berkata pendedahan dan penjelasan berhubung beberapa kejadian yang berlaku membabitkan pelaksanaan projek mega berkenaan pada 2018 lalu adalah amat tidak benar.
MMC-Gamuda juga menuduh Tony Pua melemparkan fitnah kononnya mereka telah melobi Mahathir – yang memegang jawatan perdana menteri pada 2018 – semasa kerajaan sedang berusaha mengurangkan kos projek MRT2 adalah rekaan.
Sebelum ini, Pua mendakwa MMC-Gamuda tidak menyatakan kebenaran secara sepenuhnya kepada Mahathir dalam mempertahankan kos asal projek MRT2.
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee, berhubung pelbagai isu di sebalik projek jajaran Transit Aliran Massa (MRT) 2 disifatkan sebagai tidak berasas dan mengandungi tuduhan berunsur fitnah.
Pengarah Urusan Gamuda Engineering, Justin Chin Jing Ho, berkata pendedahan dan penjelasan berhubung beberapa kejadian yang berlaku membabitkan pelaksanaan projek mega berkenaan pada 2018 lalu adalah amat tidak benar.
Mengemukakan penjelasan, beliau berkata, pecahan terbesar daripada penjimatan RM8.82 bilion yang diraih menerusi MRT2, terdiri daripada lapan perkara, meliputi skop pengurangan spesifikasi projek dan pembatalan aspek tertentu.
“Ia merangkumi penangguhan pembinaan dua stesen bawah tanah, selain pelbagai aspek pengurangan iaitu jumlah tren, sambungan stesen pertukaran dengan jajaran sistem lain, jumlah laluan masuk, jambatan, parkir bertingkat dan spesifikasi bangunan.
“Juga tersenarai ialah rasionalisasi kerja sistem mekanikal dan elektrikal MRT2 serta pembatalan penyediaan jalur lebar di stesen.
“Sebanyak 35 peratus penjimatan pula terdiri daripada kontingensi, bayaran balik dan jumlah keseluruhan, manakala lebihan lima peratus lagi ialah pengurangan margin MMC Gamuda, susulan pertukaran konsep pelaksanaan projek kepada ‘turnkey contract’ (kontrak siap guna).
“Kenyataan Kementerian Kewangan bertarikh 17 Januari 2020 berikutan perubahan konsep pelaksanaan projek MRT2 juga menggariskan bahawa ia dilaksana bagi memenuhi permintaan semasa, tetapi memberi ruang untuk kerja-kerja penambahbaikan dilakukan pada masa depan,” katanya menerusi surat terbuka, hari ini.
MMC-Gamuda juga menuduh Tony Pua melemparkan fitnah kononnya mereka telah melobi Mahathir – yang memegang jawatan perdana menteri pada 2018 – semasa kerajaan sedang berusaha mengurangkan kos projek MRT2 adalah rekaan.
“Berkenaan dakwaan kami melakukan ‘kunjungan yang tak terkira banyaknya untuk melobi Mahathir’, kami cukup tahu tentang Mahathir yang memutuskan di peringkat awal bahawa pendekatan terbaik adalah menulis surat secara rasmi kepadanya atas kapasitinya sebagai perdana menteri, di mana kami membentangkan pandangan kami dan menyerahkan kepada kebijaksanannya untuk membuat keputusan.
“Bahagian (dakwaan) anda (yang mengatakan) bahawa kami membuat ‘kunjungan yang tak terkira banyaknya untuk melobi Mahathir’ adalah tidak benar kerana kami percaya ia tidak akan membantu,” kata Justin.
Tambahnya, hujah yang dikemukakan dalam surat mereka kepada Mahathir adalah sama seperti yang dibentangkan kepada Kementerian Kewangan dan perunding kejuruteraan yang dilantik secara bebas.
Sebelum ini, Pua mendakwa MMC-Gamuda tidak menyatakan kebenaran secara sepenuhnya kepada Mahathir dalam mempertahankan kos asal projek MRT2.
Usaha kerajaan untuk merundingkan semula projek MRT2 membawa kepada penjimatan sebanyak RM8.82 bilion.
Bagaimanapun, proses itu mencetuskan ketegangan antara Pua dan MMC-Gamuda.
Ia selepas Pua menulis surat terbuka yang mengkritik usaha sama itu, yang mencetuskan kemarahan Mahathir.
THE THIRD FORCE
Dipetik daripada laporan Berita Harian dan Malaysiakini
WAJIB BACA:
MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)
