
محمد حسن بري بايڠن ماهو برتنديڠ كروسي ڤرليمين
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan membayangkan beliau akan bertanding di Parlimen selain mempertahankan DUN Rantau pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.
Mohamad yang menyandang DUN Rantau sejak 2004 berkata, memandangkan beliau memegang jawatan kedua tertinggi dalam parti, beliau perlu bertanding di Parlimen bagi memainkan peranan di peringkat kebangsaan.
“Di DUN Rantau, pengundi Melayu adalah 51% jadi, ia perlu diurus dengan baik, Insya Allah saya akan terus mempertahankannya,” katanya.
Namun, ada ura-ura mengatakan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat bakal bertanding di Rembau.
PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan membayangkan beliau akan bertanding di Parlimen selain mempertahankan DUN Rantau pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.
Mohamad yang menyandang DUN Rantau sejak 2004 berkata, memandangkan beliau memegang jawatan kedua tertinggi dalam parti, beliau perlu bertanding di Parlimen bagi memainkan peranan di peringkat kebangsaan.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Namun, bekas menteri besar Negeri Sembilan dan ketua Umno Rembau tidak menyatakan Parlimen mana beliau bakal bertanding.
“Sebagai timbalan presiden dan kepimpinan kanan parti, kita perlu berada di peringkat kebangsaan untuk menguruskan parti dan Insya Allah, kalau diberikan keyakinan oleh pengundi…menubuhkan kerajaan di peringkat pusat,” katanya menurut Bernama.
“Di DUN Rantau, pengundi Melayu adalah 51% jadi, ia perlu diurus dengan baik, Insya Allah saya akan terus mempertahankannya.”
Namun, ada ura-ura mengatakan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat bakal bertanding di Rembau.
Ketika ini, Parlimen Rembau disandang oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Mengulas senarai calon BN di Negeri Sembilan, beliau berkata, sehingga kini perkara itu masih belum dibincangkan dan fokus gabungan politik itu ialah memperkuat jentera parti bagi menghadapi PRU15.
“Saya turun ke negeri lain termasuk Negeri Sembilan untuk melihat kesiapsiagaan parti dan keperluan kita menggerakkan jentera di peringkat akar umbi. Soal calon masih belum dibincangkan atau belum lagi sampai ke tahap itu,” katanya.
Sumber:
