محمد حسن: لبيه باءيق امنو توتوڤ كداي د كلنتن، ترڠڬانو، قدح جك ڤاس ايڠين كواسأي تروس
PAS boleh berkata apa sahaja semasa muktamar atau kongres tahunannya, tetapi sebarang rundingan agihan kerusi untuk Pilihan Raya perlu dilakukan bersama rakan Muafakat Nasional (MN), kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Mohamad, lebih baik UMNO membubarkan sahaja bahagian dan cawangannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah jika PAS berkeras ingin menguasai ketiga-tiga negeri itu tanpa berunding dengan sekutunya.
Kenyataan Mohamad jelas membuktikan dakwaan TTF selama ini, bahawa UMNO bertindak memijak-mijak maruah PAS dengan berlagak seperti “big brother” dalam Muafakat Nasional.
Sebelum ini, UMNO berkali-kali membuat pengumuman secara ‘unilateral’ tanpa merujuk atau berbincang terlebih dahulu dengan PAS dalam pelbagai isu, termasuk isu penglibatan UMNO dalam Perikatan Nasional.

“Tidak adil jika kita menyerahkan ketiga-tiga negeri itu kepada PAS. Sekiranya itu berlaku, maka ia akan menyebabkan Umno di negeri-negeri tersebut bubar.
“Kami mungkin bertukar kerusi UMNO di kawasan lain dengan kerusi PAS di negeri-negeri tersebut. Walaupun begitu, perbincangan masih belum sampai ke tahap itu dan kita akan membincangkannya di MN, ”kata Mohamad sepertimana yang dilaporakan oleh Utusan Malaysia.
“Saya faham itulah permintaan mereka, dan ianya tidak salah. Tetapi pada akhirnya akan ada sebuah jawatankuasa dari setiap pihak yang akan berunding sebelum membuat keputusan, ”tambahnya, merujuk kepada tempat duduk.
Kenyataan Mohamad jelas membuktikan dakwaan TTF selama ini, bahawa UMNO bertindak memijak-mijak maruah PAS dengan berlagak seperti “big brother” dalam Muafakat Nasional.
Sebelum ini, UMNO berkali-kali membuat pengumuman secara ‘unilateral’ tanpa merujuk atau berbincang terlebih dahulu dengan PAS dalam pelbagai isu, termasuk isu penglibatan UMNO dalam Perikatan Nasional.
Perkara ini menimbulkan kemarahan ramai pemimpin bahagian dan cawangan PAS serta beberapa ahli kepimpinan pusat yang menegur UMNO secara terbuka, termasuk Datuk Takiyuddin Hassan dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
UMNO turut memperlakukan PAS seperti sampah di Sabah pada hari penamaan calon Gabungan Rakyat Sabah walaupun PAS merupakan rakan kongsi UMNO dalam Muafakat Nasional.
Pada Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu para perwakilan bahawa PAS ingin “menguasai” kerusi di Kelantan, Kedan dan Terengganu.
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata parti itu sedang berunding dengan sekutu mereka di PN dan MN berhubung soal pengagihan kerusi di negeri-negeri tersebut.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, PAS berjaya mempertahankan Kelantan dan merebut kembali Terengganu. Parti itu kemudiannya mengambil alih Kedah awal tahun ini setelah kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan di sana.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT: