Mohamad Sabu: Hak Mahathir namakan calon di Slim, kami (di AMANAH) sokong

Selain Mohamad Sabu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke sebagai wakil dari DAP menandakan sokongan padu DAP dan AMANAH terhadap Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan Mahathir. Sumber (gambar): Fail TTF

محمد سابو: حق محضير ناماكن چالون د سليم، كامي ﴿د أمانه﴾ سوكوڠ

Walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dimenangi oleh calon Barisan Nasional Allahyarham Mohd Khusairi Abdul Talib di Pilihan Raya Umum ke-14, pesaing terdekatnya, Mohd Amran Ibrahim, merupakan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang pada ketika itu dipimpin mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru, jika sesiapa layak meletakkan calon bagi pihak pembangkang di Slim, orang itu tak lain tak bukan Mahathir, yang dianiayai oleh kepimpinan partinya sendiri menyebabkan beliau kini menerajui parti baharu, iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PPTA).

Demikian mesej yang disampaikan oleh presiden AMANAH, Mohamad Sabu, yang hadir di Majlis Pengisytiharan Calon Blok Bebas Kuasa Ketiga bagi Pilihan Raya Kecil Slim yang dijadualkan berlangsung pada 29hb Ogos 2020 ini.

Mohamad berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah tanah air majlis sebesar ini untuk meraikan calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil dengan sokongan para hadirin yang pada jangkaan TTF berjumlah di sekitar 700 orang.

PPBM kini dalam keadaan kritikal susulan tindakan ramai pemimpin bahagian, cawangan dan akar umbi meninggalkan parti secara berperingkat dan berterusan berikutan pengumuman pembentukkan PPTA oleh Mahathir sebagai banteng pertahanan maruah Melayu-Islam dan bangsa Malaysia.


PETALING JAYA: Walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dimenangi oleh calon Barisan Nasional Allahyarham Mohd Khusairi Abdul Talib di Pilihan Raya Umum ke-14, pesaing terdekatnya, Mohd Amran Ibrahim, merupakan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang pada ketika itu dipimpin mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru, jika sesiapa layak meletakkan calon bagi pihak pembangkang di Slim, orang itu tak lain tak bukan Mahathir, yang dianiayai oleh kepimpinan partinya sendiri menyebabkan beliau kini menerajui parti baharu, iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PPTA).




Demikian mesej yang disampaikan oleh presiden AMANAH, Mohamad Sabu, yang hadir di Majlis Pengisytiharan Calon Blok Bebas Kuasa Ketiga bagi Pilihan Raya Kecil Slim yang dijadualkan berlangsung pada 29hb Ogos 2020 ini.

Turut hadir bersama Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik, Senator Datuk Wira Haji Marzuki Yahya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Amiruddin Hamzah.

Selain Mohamad Sabu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke selaku wakil DAP, sekaligus menandakan sokongan padu DAP dan AMANAH terhadap Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan Mahathir.

Turut hadir bersama Ahli Parlimen Tanjung Malim (dari PKR), Chang Lih Kang.

Menurut Mohamad, calon PPTA, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, harus disokong tidak kira samada beliau sempat bertanding sebagai calon PPTA atau terpaksa menggunakan logo calon bebas, kerana apa pun, beliau tetap merupakan ahli PPTA.

Mohamad menambah, inilah kali pertama dalam sejarah tanah air sebuah gabungan yang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum bertukar menjadi pembangkang di pertengahan penggal parlimen apabila pihak tertentu berpaling tadah dan bertindak bekerjasama dengan pihak yang kalah Pilihan Raya.

Mohamad berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah tanah air majlis sebesar ini untuk meraikan calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil dengan sokongan para hadirin yang pada jangkaan TTF berjumlah di sekitar 700 orang.

Loading...

Pada 25hb Julai 2020, Ketua PPBM Bahagian Tanjung Malim, Mohd Amran Ibrahim berkata, PPBM bersetuju memberi laluan kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Slim atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Tiga hari lepas, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, Pilihan Raya Kecil ini perlu dijadikan sebagai medan untuk mencari titik persamaan dan kesepakatan antara Barisan Nasional (BN), PAS serta PPBM.

Anehnya, PAS dan UMNO kerap mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung pennglibatan mereka dalam Perikatan Nasional bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada PAS menyuarakan hasratnya untuk bersama Perikatan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-15, UMNO bertegas tidak ingin menjadi sebahagian daripada gabungan berkenaan dan mengulangi pendirian ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperti juga hubungan UMNO-PAS, UMNO dan PPBM turut dilihat menghadapi krisis ketidaksefahaman yang kritikal selepas beberapa pemimpin UMNO bertindak ‘mengugut’ rampas kerusi dari PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15.

PPBM kini dalam keadaan kritikal susulan pengunduran ramai pemimpin bahagian, cawangan dan akar umbinya secara berperingkat dan berterusan setelah Mahathir mengumumkan pembentukkan PPTA sebagai banteng pertahanan maruah Melayu-Islam dan bangsa Malaysia.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...