
محمد سابو: محي الدين يڠ ضرورت، بوكن نڬارا
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu sebentar tadi menempelak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pihak yang sedang “darurat”.
“Bagi saya yang benar-benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, bukannya negara.
“Beliau dalam keadaan ‘darurat’ untuk mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri.
Terdahulu, kabinet persekutuan yang dipengerusikan oleh Muhyiddin bersetuju cadangan pelaksanaan darurat bagi membendung penularan Covid-19 walaupun sebelum ini mendakwa keadaan ‘terkawal’.
PETALING JAYA: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu sebentar tadi menempelak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pihak yang sedang “darurat”.
“Bagi saya yang benar-benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, bukannya negara.
“Beliau dalam keadaan ‘darurat’ untuk mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri.
“Jika alasannya Covid-19, kita sudah ada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan, tanpa perlu kepada pengisytiharan darurat kepada negara,” katanya.
Terdahulu, kabinet persekutuan yang dipengerusikan oleh Muhyiddin bersetuju cadangan pelaksanaan darurat bagi membendung penularan Covid-19 walaupun sebelum ini mendakwa keadaan ‘terkawal’.
Selepas mesyuarat Kabinet itu tamat, Muhyiddin dilaporkan telah menuju ke Istana Abdulaziz di Kuantan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan tiba di perkarangan Istana pada jam 4.40 petang.
Pelbagai spekulasi ditimbulkan susulan penularan keputusan Kabinet itu, termasuk kemungkinan Yang Di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri interim menggantikan Muhyiddin bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
