
محمد سابو: ڤيليهن راي ده دكت، محي الدين ءدكڤوڠء
Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang pemimpin yang tidak berwibawa dan ‘tidak tahu malu’.
“Dia seorang perdana menteri yang tak berwibawa. Kalau di Jepun atau Korea, orang macam ni dah lama letak jawatan, tapi di Malaysia ni jenis muka tak malu.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, PRU yang bakal diadakan menjadi satu cabaran yang sukar buat parti-parti yang bertanding, khususnya bagi memujuk rakyat untuk mengundi.
“Pilihan raya akan datang bukan senang kita nak berkempen. Ada di kalangan rakyat dah tak mahu mengundi lagi.”
IPOH: Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang pemimpin yang tidak berwibawa dan ‘tidak tahu malu’.
“Dia seorang perdana menteri yang tak berwibawa. Kalau di Jepun atau Korea, orang macam ni dah lama letak jawatan, tapi di Malaysia ni jenis muka tak malu.
“Dia takkan letak (jawatan), walaupun dia undi sampai seri pun (di Parlimen), saya yakin dia tak letak.
“Sebab dia ambil cara pintu belakang, maka dia akan pertahankan selagi dia boleh,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Mohamad membayangkan Pilihan Raya Umum ke-15 akan diadakan tidak lama lagi memandangkan Muhyiddin hanya mempunyai kelebihan tiga kerusi parlimen.
“Khabar angin macam-macam, ada yang kata bulan Mac, ada yang kata bulan Jun. Tapi ia (PRU) dekat, sebab kita tahu perdana menteri kita under siege (dikepung). Dia tak bebas,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, PRU yang bakal diadakan menjadi satu cabaran yang sukar buat parti-parti yang bertanding, khususnya bagi memujuk rakyat untuk mengundi.
“Pilihan raya akan datang bukan senang kita nak berkempen. Ada di kalangan rakyat dah tak mahu mengundi lagi.
“(Mereka kata) Buat apa kami pilih wakil rakyat? Bukannya parti yang menang akan memerintah, nanti parti yang kalah boleh memerintah dengan cara perubahan wakil rakyat ini,” katanya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
