Mohd Amar: Ada pernah Mahathir minta maaf kepada Anwar?

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Sumber (gambar): Fail TTF

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak pernah melabelkan UMNO sebagai kafir sebagaimana dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu.

“Kita hanya menjelaskan batas-batas iman dan kufur berdasarkan tulisan ulama dalam kitab ianya terpakai kepada semua bukan UMNO sahaja, sebaliknya semua orang Islam termasuk Pas. Boleh dengar semula ucapan sebelum ini kerana kita menyebut dari segi akidah.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar secara sinis bertanya apakah Dr. Mahathir telah memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelbagai tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

“Dr Mahathir minta maaf ke pada Anwar? Tapi mereka boleh duduk bersama juga dan bekerjasama pula dalam Pakatan Harapan sekarang. Jadi, apa masalahnya kalau Pas dan UMNO bersama,” katanya. 


TANAH MERAH: Pas meninta pihak yang menuduh parti itu melabelkan UMNO sebagai kafir supaya meneliti semula ceramah dan kenyataan yang dibuat oleh pimpinannya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pimpinan parti itu tidak pernah melabelkan UMNO sebagai kafir sebagaimana dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu.




Beliau berkata, pemimpin Pas hanya menjelaskan batas-batas iman dan kufur berdasarkan tulisan ulama dalam kitab dan terpakai untuk semua orang Islam tetapi telah disalah tafsirkan dengan mengatakan parti itu mengkafirkan UMNO.

“Kita hanya menjelaskan batas-batas iman dan kufur berdasarkan tulisan ulama dalam kitab ianya terpakai kepada semua bukan UMNO sahaja, sebaliknya semua orang Islam termasuk Pas. Boleh dengar semula ucapan sebelum ini kerana kita menyebut dari segi akidah.

“Cuma apa yang menjadi isu apabila orang memusingkan isu mengatakan Pas mengkafirkan UMNO. Jadi tidak timbul isu Pas perlu meminta maaf atau menarik balik kenyataan berkenaan memandangkan Pas tidak pernah menggelarkan UMNO sebagai kafir,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Majlis Daerah Tanah Merah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta Pas menarik balik kenyataan yang melabelkan UMNO sebagai kafir sebelum kedua-dua parti itu memeterai piagam UMNO-Pas Sabtu ini.

Dr. Mahathir dilaporkan berkata, amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih relevan, kecuali beliau membuat kenyataan rasmi memohon maaf terhadap UMNO.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar secara sinis bertanya apakah Dr. Mahathir telah memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelbagai tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

“Dr Mahathir minta maaf kepada Anwar? Tapi mereka boleh duduk bersama juga dan bekerjasama pula dalam Pakatan Harapan sekarang. Jadi, apa masalahnya kalau Pas dan UMNO bersama,” katanya.

Sumber:


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...