Mohd Amar: Kita tengok dulu pendirian Zahid berkenaan isu-isu PAS, UMNO

Mohd. Amar berkata, Pas mahu memerhatikan terlebih dahulu perkembangan terbaharu dalam UMNO, terutama pendirian Ahmad Zahid mengenai isu-isu melibatkan kedua-dua parti. Sumber (gambar): Fail TTF

Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pas tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO, walau sesiapapun Presiden parti itu termasuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sudah mengambil alih semula tugasnya, baru-baru ini.

“Mana-mana parti yang menghormati pendirian kita, menyokong perjuangan kita, tidak ada masalah (untuk kerjasama), tak kira siapa pun yang jadi presiden dia,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

“Kita tengok apa pendirian Presiden dia dengan isu penting sama-sama kita, adakah sama? Kalau sudah tidak sama, kita nak kerjasama macam mana?” katanya


KOTA BHARU: Pas tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO, walau sesiapapun Presiden parti itu termasuk Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sudah mengambil alih semula tugasnya, baru-baru ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerjasama pihaknya dengan UMNO tidak akan terjejas selagi parti itu menghormati pendirian dan menyokong perjuangan Pas.




“Seperti Timbalan Presiden sebut, ini (kerjasama) parti dengan parti, bukan kita dengan Ahmad Zahid, atau dengan Mat Hasan (Datuk Seri Mohamad Hasan).

“Mana-mana parti yang menghormati pendirian kita, menyokong perjuangan kita, tidak ada masalah (untuk kerjasama), tak kira siapa pun yang jadi presiden dia,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang menyerahkan tugas-tugasnya sebagai Presiden UMNO kepada Timbalan beliau, Datuk Seri Mohamad Hasan sejak 18 Disember lalu, kini kembali mengambil alih tugas tersebut sejak 30 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, Pas mahu memerhatikan terlebih dahulu perkembangan terbaharu dalam UMNO, terutama pendirian Ahmad Zahid mengenai isu-isu melibatkan kedua-dua parti.

“Kita tengok apa pendirian Presiden dia dengan isu penting sama-sama kita, adakah sama? Kalau sudah tidak sama, kita nak kerjasama macam mana?” katanya.

Mengenai cadangan menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, Mohd. Amar berkata, perkara itu tidak boleh dianggap hanya menguntungkan parti tertentu sebaliknya memberi kelebihan kepada semua parti.

“Dalam Pas sebenarnya, apabila individu itu sudah akil baligh, dia dah boleh jadi ahli Pas. Jadi semua pihak ada kelebihan.

Loading...

“Sebenarnya zaman ini, sesiapa yang menguasai teknologi maklumat, dia ada kelebihan kerana pengundi sekarang, terutama generasi muda, dia mengundi berdasarkan maklumat,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...