MOHON KDYMM YDP AGONG AMPUNI PERKENAN RAKYAT MENGADAP UNTUK SERAH MEMORANDUM DEKLARASI RAYUAN PENAMATAN PROKLAMASI DARURAT

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan merangkap AJK Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

موهون قديمم يدڤ اڬوڠ امڤوني ڤركنن رعيت مڠادڤ اونتوق سراه ميمورندوم ديكلارسي رايوان ڤنماتن ڤروكلاماسي ضرورت

Ampun Tuanku beribu ampun; sembah patek harap diampun;

Dengan perasaan penuh tawadduk dan rendah diri patek sekalian yang mewakili keseluruhan rakyat yang telah menandatangani petisyen ‘Merayu Tolak Darurat’ sembah ampun untuk mohon mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi mengizinkan Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat dapat menyerahkan Memorandum Deklarasi Merayu Penamatan Proklamasi Darurat.

Pejabat Setiausaha Sulit Kanan KDYMM Tuanku Yang di-Pertuan Agong telahpun mengutus warkah jawapan kepada patek sekalian pada 20 April 2021 memaklumkan persetujuan KDYMM Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk mengampuni perkenan suatu Majlis Mengadap pada tarikh yang bakal ditetapkan kelak.




Patek sekalian yang hina dina ini selaku rakyat Tuanku mewakili sekalian rakyat jelata amat berbesar hati sekiranya KDYMM Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang telah mengampuni perkenan untuk suatu Majlis Mengadap dapat menetapkan suatu tarikh yang bersesuaian dengan masa-luang KDYMM Tuanku bagi tujuan menyempurnakan penyerahan Memorandum Deklarasi Merayu Penamatan Proklamasi Darurat.

Majlis mengadap ini amat penting untuk sembah maklum KDYMM Tuanku Yang di-Pertuan Agong kearah menerangkan perasaan gundah-gulana rakyat di saat negara sedang menghadapi pelbagai bencana pandemik Covid19, keruntuhan ekonomi dan ketidak-stabilan politik negara yang amat kucar-kacir masakini.

Negara sedang berada di ambang keruntuhan kerana kerajaan PN telah gagal dari segenap segi.

Kerajaan PN telah gagal  merancang sistem pendidikan negara, gagal mengawal pelaburan secara terus (FDI) yang sedang lari keluar ke negara-negara jiran, gagal jaga nama baik Islam dengan industri judi sedang berkembang, gagal bantu penjaja kecil dan gagal lawan korupsi malahan bersekongkol dengan amalan rasuah.

Peluang pekerjaan serta perniagaan semakin menguncup.

Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan serta perbelanjaan wang kerajaan diguna-pakai secara sewenang-wenangnya tanpa proses semak-imbang di parlimen.

Rezab kewangan negara seperti tabungan KWAN mula digunakan tanpa kelulusan parlimen manakala perbelanjaan peruntukan Belanjawan 2021 difahamkan telah dibelanjakan sejumlah melebihi rm600 bilion setakat ini.

Loading...

Bidang judisiari serta badan penguatkuasa undang-undang sedang diperalatkan oleh ‘tangan-tangan ghaib’ berteraskan kepentingan survival politik kalangan tertentu.

Negara-negara luar sedang mengutuk kaedah proklamasi darurat Malaysia di mana parlimen ditutup untuk proses semak-imbang.

Tidak ada negara-negara di dunia ini yang menutup parlimen walaupun proklamasi darurat diisytiharkan.

Parlimen adalah lambang kesuburan amalan demokrasi tanahair kita yang tercinta ini.

Rakyat Tuanku meletakkan sandaran terakhir kepada Majlis Raja-Raja Melayu  bagi memainkan peranan untuk memayungi keseluruhan rakyat Tuanku secara adil serta saksama demi menjaminkan kesejahteraan masa depan rakyat Malaysia.

Ampun Tuanku Beribu Ampun; sembah patek harap diampun;

Semoga KDYMM Tuanku dapat mengampuni perkenan suatu tarikh untuk mengadap secara secepat yang mungkin memandangkan pandemik sedang berada di luar kawalan, kestabilan politik dan ekonomi negara sedang berada di tahap yang amat membimbangkan.

Semoga Allah swt menganugerahkan kesihatan terbaik buat KDYMM Tuanku Yang di-Pertuan Agong serta seisi kerabat untuk terus memayungi negara secara adil serta saksama demi kesejahteraan masa depan bangsa dan negara.

#setiakepadarajadannegara

#rajadanrakyatberpisahtiada

#tolakdarurat



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...