Mokhzani, Mirzan, Maizura, Marina dan Mukhriz Mahathir kaya-raya disebabkan kronisme dan penipuan

Malayan News 

(January, 2017)

Syarikat pegangan Mukhriz OPCOM tidak begitu mendapat perhatian berbanding MISC dan syarikat-syarikat pegangan Mokhzani pada tahun-tahun sebelum ini yang banyak menggunakan wang rakyat bagi membela syarikat-syarikat yang ada kepentingan kepada anak Mahathir.

Pada 2009, OPCOM diperkatakan semula apabila Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO OPCOM Holdings Bhd. Pada ketika itu, Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam OPCOM. Kedudukan Mukhriz digantikan oleh Mokhzani.

Mokhzani menstruktur semula OPCOM dan dilantik sebagai CEO. Saham OPCOM melonjak setinggi 31.2%. Mukhriz bagaimanapun, terus memiliki kepentingan sebanyak 23.5% dalam OPCOM atas namanya sendiri, manakala kepentingan 20.93% lagi atas nama Rezeki Tegas Sdn. Bhd.

Isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria pula memegang kepentingan sebanyak 26.94% menerusi M Ocean Capital Sdn.Bhd. Isu yang membabitkan OPCOM Holding Berhad mula diperkatakan apabila syarikat dan adik beradik mendapat kontrak lumayan daripada kerajaan ketika Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Mokhzani mempunyai harta yang dianggarkan RM 2 billion ringgit, dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan. Mokhzani Mahathir mengumpulkan sebanyak RM 54 juta ringgit. Mahathir mengarahkan Qarun Malaysia Daim Zainuddin memberikan beberapa kontrak kepada Mokhzani Mahathir.

Pada masa itu Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberikan peluang mendapat saham percuma dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. Semua kekayaan Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan Mahathir dan Daim Zainuddin.

Mokhzani disenaraikan sebagai orang yang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan US$ 1.2 bilion (RM 3.81 bilion) pada tahun 2014. Kekayaannya dapat dilihat memandu Bugatti Veyron biru, salah satu kereta paling mahal di dunia, bermula dari harga $1.5 juta.

Persoalannya mampukah anak orang biasa menguasai Maxis, Kencana Petroleum dan Litar Antarabangsa Sepang tanpa bantuan dari mana-mana pihak yang berkuasa di Malaysia? Pemilik Maxis, Tan Sri Ananda Krishnan merupakan antara kroni terapat Mahathir. Ananda mempunyai pelbagai jenis perniagaan sama ada dari bidang telekomunikasi, perkapalan dan industri minyak dan gas.

Mirzan Mahathir menguasai syarikat perniagaan besar seperti Sunway Building Technologies Berhad, Capetronic Consumer Electronics Holdings Berhad, World Wide Holdings Berhad dan Artwright Holdings Berhad. Pada tahun 2011, Mirzan muncul sebagai Pengarah Syarikat San Miguel Corp, syarikat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga terlibat dengan perniagaan arak.

Mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India berkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh dan kerja-kerja pembinaan terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri kerugian RM 33 juta antara 1999 dan 2007.

Marina cenderung menjadi pejuang hak asasi manusia yang bergerak aktif di London. Marina antara pendokong kuat gerakan BERSIH di luar negara dan bersekongkol dengan Datuk S.Ambiga Pengerusi NGO Bersih Malaysia. Marina menubuhkan gerakan Sister In Islam (SIS) yang pernah mencetuskan kontroversi dimana wanita boleh menjadi imam bagi kaum lelaki sama ada solat biasa mahupun solat Jumaat.

Hal ini dibuktikan di beberapa tempat di luar negara dengan tindakan seorang imam wanita bermakmumkan kaum lelaki di Britain dan Amerika Syarikat. Marina aktif menyokong hak kesaksamaan gender, LGBT, Islam Liberal dan hak perkahwinan sejenis. Di kebanyakan dunia Islam di Asia Barat, mereka telah menyenarai hitamkan kemasukan Marina ke negara mereka kerana fahaman beliau jelas tidak dapat diterima oleh negara-negara berkenaan.

Maizura Mahathir adalah anak angkat Mahathir sekeluarga yang paling bongsu dan beliau dibela oleh keluarga Tun ketika beliau berumur 6 bulan iaitu pada tahun 1983. Maizura Mahathir dikenali sebagai seorang yang kuat bersosial dan dikatakan seorang yang ‘tomboy’ yang berperwatakan seperti lelaki dan juga peminum arak.

Pendek kata, kekayaan dan gaya hidup anak beranak Mahathir membuktikan kepada kita bahawa mereka hidup dalam keadaan mewah sejak zaman Mahathir memerintah sebagai Perdana Menteri.

Tidak mustahil, Mahathir mahu berkuasa kembali kerana sedar bahawa masa depan anak beranaknya terancam. Justeru itu, beliau terpaksa membuat sesuatu demi kepentingan politik peribadinya.

Sumber: Malayan News

Comments

Comments