MP UMNO: Dakwaan lompat parti Mahathir fitnah

Mahathir hari ini menggelarkan pemimpin UMNO yang berjumpa Azmin baru-baru ini sebagai mereka yang sudah kehilangan parti. Sumber (gambar): Fail TTF

Seramai tujuh ahli parlimen UMNO sebentar tadi menafikan dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pemimpin UMNO sudah hilang parti dan tidak tahu apa nak buat sama ada masuk parti lain atau tidak. 


Kenyataan tersebut dibuat Dato’ Sri Ismail Bin Mohamed Said, Dato’ Haji Salim Sharif, Dato’ Jalaluddin Bin Alias, Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor, Dato’ Sri Azalina Othman Said, Dato’ Hj Abdul Rahman Bin Mohamad dan Datin Mastura Binti Mohd Yazid.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, turut menyentuh isu berkenaan di laman Twitter rasmi beliau.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat terhadap ahli parlimen UMNO berupa fitnah kerana kesemua yang hadir pertemuan di rumah Azmin merupakan ahli parti yang setia. 



SUBANG JAYA: Seramai tujuh ahli parlimen UMNO sebentar tadi menafikan dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pemimpin UMNO sudah hilang parti dan tidak tahu apa nak buat sama ada masuk parti lain atau tidak.

Menerusi satu kenyataan media, ketujuh-tujuh mereka mendakwa pendirian sedemikian tidak pernah diambil oleh mana-mana ahli parlimen ketika berlaku pertemuan bersama Dato’ Seri Azmin Ali di kediaman rasmi beliau.




“Seperti yang dinyatakan berulang kali sebelum ini, kami tidak akan sesekali keluar UMNO apatah lagi lompat parti.”

Menurut mereka, pada malam perjumpaan, Azmin diajak masuk UMNO atas alasan rakyat lebih percayakan UMNO dan BN sepertimana dilihat menerusi kemenangan besar BN di Tanjung Piai.

Kenyataan tersebut dibuat Dato’ Sri Ismail Bin Mohamed Said, Dato’ Haji Salim Sharif, Dato’ Jalaluddin Bin Alias, Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor, Dato’ Sri Azalina Othman Said, Dato’ Hj Abdul Rahman Bin Mohamad dan Datin Mastura Binti Mohd Yazid.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, turut menyentuh isu berkenaan di laman Twitter rasmi beliau.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat terhadap ahli parlimen UMNO berupa fitnah kerana kesemua yang hadir pertemuan di rumah Azmin merupakan ahli parti yang setia.

Menurut Annuar lagi, yang dibincangkan malam itu hanyalah perkara berhubung kait usaha pembangunan di kawasan parlimen masing-masing termasuk pembinaan infrastruktur untuk kegunaan orang ramai seperti masjid, surau dan balai raya.

THE THIRD FORCE

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...