Muafakat Nasional pimpinan Annuar Musa terima lebih 10,000 permohonan hanya beberapa jam setelah dilancarkan (link pendaftaran disertakan)

Bulan lalu, pembantu Annuar menjelaskan Muafakat Nasional bukannya parti politik, tetapi ia berdaftar sebagai NGO di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Sumber (gambar): Fail TTF

موافقة ناسيونل ڤيمڤينن اننوار موسى تريما لبيه 10،000 ڤرموهونن هاڽ ببراڤ جم ستله دلنچركن

Muafakat Nasional pimpinan Tan Sri Annuar Musa yang dibuka untuk keahlian semalam menerima lebih 10,000 permohonan hanya beberapa jam setelah dilancarkan.

Demikian menurut Annuar Musa sendiri dalam hantaran Facebook, di mana beliau menyuarakan rasa terharunya terhadap keprihatinan anak bangsa terhadap agama,bangsa,dan negara.

‘Muafakat Nasional’ merupakan nama sama merujuk kepada kerjasama antara Umno dan PAS, yang dibentuk pada 2019, iaitu setahun selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan, pada PRU14.

Annuar kemudian menyatakan beliau akan “mengaktifkan” NGO Muafakat Nasional dengan dirinya sebagai presiden, demi berperanan merapatkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ummah serta mengukuhkan sistem politik, berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

UNTUK MENDAFTAR, KLIK DI SINI

Annuar menulis:

“Subhanallah..baru beberapa jam keahlian MUAFAKAT NASIONAL dibuka, sudah lebih 10,000 permohonan keahlian diterima.

“Saya amat terharu betapa ramainya diluar sana anak bangsa yang prihatin terhadap agama,bangsa,dan negara serta cintakan muafakat.

“Tiba tiba saya merasa suatu kekuatan baru untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas.

“Semoga Allah swt memudahkan segala urusan kita seterusnya.”

‘Muafakat Nasional’ merupakan nama sama merujuk kepada kerjasama antara Umno dan PAS, yang dibentuk pada 2019, iaitu setahun selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan, pada PRU14.

Annuar kemudian menyatakan beliau akan “mengaktifkan” NGO Muafakat Nasional dengan dirinya sebagai presiden, demi berperanan merapatkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ummah serta mengukuhkan sistem politik, berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Loading...

Bulan lalu, pembantu Annuar menjelaskan Muafakat Nasional bukannya parti politik, tetapi ia berdaftar sebagai NGO di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

THE THIRD FORCE

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...