Muhsin Latheef
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Abah Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yaasin kerana mengurniakan dua jawatan sekaligus kepada Datuk Seri Reezal Merican yakni Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputra Pulau Pinang Dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.
Tetapi maafkan kami, bukanlah kami menolak atau memandang rendah kemampuan DS Reezal Merican tapi kami tidak mahu peristiwa silam berlaku sekali lagi.
Abah, abah pun tahu dua jawatan pengerusi ini dipegang oleh Arwah Dato Zainal Abidin Osman (Al-Fatihah Dibaca) dan ketika itu abah masih Timbalan Perdana Menteri (UMNO) dan abah lebih mengetahui keadaan Pulau Pinang ketika dIa tak perlulah saya hurai panjang kerana akan mengaibkan arwah.
Abah, dalam politik selalu ahli politik akan laung-laungkan tentang “berkongsi kek” dan kenapa untuk jawatan kali ini tidak dipraktikkan method tersebut?
Ketika kekalahan BN pada pru14 yang lalu rata-rata tiada sapa pun mahu memegang jawatan Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang, tetapi orang tua yang selalu dihina dan dicaci (kerajaan ketika itu) inilah yang di tunding untuk menjadi Pengerusi UMNO ketika UMNO kalah dan terumbang ambing mencari tempat untuk berpaut dan akhirnya Datuk Musa Sheikh Fadzir diangkat sebagai Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang.
Tetapi hari ini apabila Abah berkuasa dengan izin Allah dan juga bantuan dari UMNO abah meletakkan Datuk Musa Sheikh Fadzir umpama daun kari yang apabila hendak dimasak kari perlu ada daun ini tetapi apabila siap karinya daunya dibuang.
Bukan kami membenci atau cemburu (nauzubillahiminzalik) kerana memperolehi jawatan ini, tapi kami mahukan keadilan untuk semua terumanya Datuk Musa untuk mendapatkan jawatan *Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang*.
Kita bantu DS Reezal memperkuatkan Kementerian Belia & Sukan yang selama ini diabaikan oleh bekas menteri sebelum ini.
Selama 60 tahun UMNOlah tempat orang melayu bergantung dan hari ini apabila UMNO berkuasa janganlah Abah sisihkan Pengerusi UMNO yang berjasa kepada UMNO ketika BN kalah pada PRU14 yg lalu.
Saya bercakap dalam konteks UMNO dan tidaklah saya bermaksud bahawa bersatu tidak membantu melayu di Pulau Pinang akan tetapi imej buruk yang dibawa oleh Dato Wira Marzuki Yahya apabila melayu dikawasan beliau (bagan) yakni Wakaf Abdul Caudeer dihalau mentah-mentah tidak diambil peduli. Datuk Musalah yang turun membantu tapi apakan daya UMNO tiada kuasa untuk membantu.
Saya juga tidak lupa abah dihadapan saya sendiri Datuk musa sekali lagi ingin membantu apabila penghuni rumah PPR Taman Manggis dihalau dan dibiarkan tidur dibawah komtar Datuk Musa ketika itu menelefon Abah untuk mengemis bantuan, Sbb UMNO tidak lagi berkuasa terhadap rumah PPR.
Abah, jadilah pemimpin yang adil dan saksama saya mengharapkan Abah mempertimbangkan semula jawatan tersebut. Saya mendoakan Abah kuat menghadapi ujian Covid-19 dari Allah dan percayalah doa kami rakyat Malaysia bersama Abah.
Kenapa saya panggil Tan Sri Muhyiddin Sebagai Abah? Takkala malaysia menghadapi kemelut Abahlah yang rungsing memikirkan anak-anak (rakyat) dirumah dan menghulurkan pelbagai rangsangan agar anak-anak dapat melangsungkan kehidupan.
Terima Kasih ABAH!
Yg Benar
Muhsin Latheef
Rakyat Pulau Pinang
