
محي الدين اداكن مشوارت ترڬمڤر دڠن سموا كتوا ڤرتي ڤريكتن ناسيونل
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) petang ini.
Menurut laporan The Star Online, agenda pertemuan tersebut tidak diketahui namun ia dijangka membincangkan isu penarikan sokongan UMNO terhadap PN.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan Muhyiddin Yassin untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat lebih awal sebelum tarikh 6hb September yang dicadangkan Muhyiddin.
Perkara itu didedahkan oleh sumber TTF, yang turut memberitahu, Agong pernah berbincang dengan Muhyiddin berhubung soal sokongan ahli-ahli parlimen terhadapnya sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) petang ini.
Menurut laporan The Star Online, agenda pertemuan tersebut tidak diketahui namun ia dijangka membincangkan isu penarikan sokongan UMNO terhadap PN.
Pemimpin utama Pas, Gerakan, STAR dan lain-lain dijangka hadir dalam pertemuan di pejabat perdana menteri petang ini.
Difahamkan, semua pemimpin utama PN dimaklumkan tentang pertemuan tersebut pada Selasa (10 Ogos).
Untuk rekod, pada 3 Ogos Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengambil keputusan menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan Muhyiddin Yassin untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat lebih awal sebelum tarikh 6hb September yang dicadangkan Muhyiddin.
Perkara itu didedahkan oleh sumber TTF, yang turut memberitahu, Agong pernah berbincang dengan Muhyiddin berhubung soal sokongan ahli-ahli parlimen terhadapnya sebelum ini.
Perkara yang seakan-akan sama didedahkan oleh Malaysiakini, yang mendakwa, Yang Di-Pertuan Agong mengarahkan perdana menteri percepat tarikh sidang parlimen.
“Agong turut mengingatkan Muhyiddin berkenaan keperluan untuk membuktikan majoritinya di Parlimen, dan membuat apa yang perlu selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan,” kataya lagi.
Sumber:
WAJIB BACA:
