Raggie Jessy Rithaudeen
محي الدين، عزمين كنتوءي تروس، كدودوكن اسماعيل صبري كيني اڬق سلامت
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Terdapat empat peristiwa penting yang berlaku sejak Ahad lalu yang membawa implikasi besar kepada kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9, iaitu:
1. Ahad: Ismail Sabri memperkenalkan penggunaan frasa “Keluarga Malaysia” bagi mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik bersama berganding bahu membawa keluar negara ini daripada pandemik COVID-19.
2. Ahad: Ismail Sabri turut menawarkan kerjasama dengan blok pembangkang menerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 (JKMC).
3. Selasa: Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan pendapatnya bahawa tidak perlu dilaksanakan undi percaya di parlimen bagi mengelakkan pertukaran kerajaan sekali lagi.
4. Rabu: Pakatan Harapan memberi bayangan bahawa pihaknya tidak akan mengemukakan usul undi percaya kepada Ismail Sabri jika isu rakyat diutamakan dalam tempoh pandemik Covid-19.
Keempat-empat peristiwa ini bermakna kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 kini agak terjamin, sekurang-kurangnya sehingga wabak Covid-19 dapat dijinakkan dan parlimen dibubarkan.
Biarpun begitu, Ismail Sabri perlu merancang dengan teliti segala langkah yang diambilnya kerana beliau berasal dari sebuah parti yang terlibat secara langsung dalam komplot untuk menggulingkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jangan lupa, kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Muhyiddin tumbang disebabkan 15 ahli parlimen dari UMNO diarahkan oleh kluster mahkamah untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin atas alasan “kerajaan gagal bentangkan Ordinan Darurat di Parlimen.”
Maka tidak mustahil PPBM akan cuba membalas dendam dan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri atas alasan “Perdana Menteri gagal tentukan keabsahannya di Parlimen” sekiranya usul undi percaya dihalang.
Tetapi Ismail Sabri tidak perlu bimbang sangat jika beliau memberikan tumpuan sewajarnya terhadap janjinya untuk melibatkan pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 (JKMC).
Malah, jika kuasa tadbir urus diagihkan antara kerajaan dan MPN, Ismail Sabri boleh menghadkan saiz kabinet tanpa was-was atau rasa takut bahawa PPBM akan cuba sesuatu yang mampu mengganggu gugat kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Sebabnya, jika PPBM cuba meruntuhkan kerajaan, Ismail Sabri akan mendapat sokongan pembangkang dalam bilangan yang mencukupi untuk memastikan bahawa usaha menangani pandemik Covid-19 tidak terganggu gugat.
Sudah pasti pembangkang akan berpuas hati dengan pelawaan Ismail Sabri agar mereka bersama-sama memerangi pandemik Covid-19 menerusi MPN dan JKMC, dan sudah pasti pembangkang tidak ingin dipandang serong oleh pengundi sekiranya pelawaan ini ditolak.
Syaratnya, Ismail Sabri tidak boleh membenarkan ahli-ahli kluster mahkamah memegang sebarang jawatan dalam kerjaaan, MPN, JKMC atau mana-mana agensi atau syarikat yang berkait kerajaan bagi mengelakkan kemungkinan jawatan ini digunakan untuk mempengaruhi mahkamah.
Manakala itu, kemungkinan untuk Datuk Seri Azmin Ali dan (atau) Muhyiddin memasuki sebarang perjanjian dengan Pakatan Harapan dan (atau) ahli-ahli pembangkang lain ke arah pembentukkan sebuah gabungan kerajaan baharu amatlah tipis, kerana:
1. Hampir kessemua ahli parlimen dari pembangkang lebih rela berkhidmat bersama dalam MPN atau JKMC agar Pilihan Raya Umum ke-15 dapat diadakan secepat mungkin daripada berunding dengan Azmin atau Muhyiddin.
2. Ahli-ahli parlimen dari pembangkang tidak ingin dihukum oleh pengundi sekiranya mereka berunding dengan Muhyiddin atau Azmin kerana bukan hanya Muhyiddin dan Azmin pengkhianat, pengundi cukup tidak berpuas hati dengan PPBM.
WAJIB BACA:
Siasat pertanyaan Zahid, dakwaan Tajuddin berhubung angka Covid-19, pembelian vaksin
